Friday, November 19, 2021

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 78. Perintah Bagi Para Penguasa Untuk Bersikap Lembut Dan Kasih Sayang Terhadap Rakyat Serta Larangan Menipu Rakyat Atau Berlaku Keras Terhadap Mereka Juga Mengabaikan Keperluan mereka.

 Allah ﷻ berfirman:
۞وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ۞
“Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang beriman yang mengikutimu.” 
(QS. Asy-Syu'arâ: 26: 215)

Allah ﷻ berfirman:
۞إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ۞
“Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi bantuan kepada kerabat, dan Dia melarang (melakukan) perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.” (QS. An-Nahl: 16: 90)

Hadits 651.
وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: « كُلُّكُمْ رَاعٍ، وَكُلُّكُمْ مَسْؤوْلٌ عَنْ رَعِيتِهِ: اْلإمَامُ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ فِي أهْلِهِ وَمَسْؤوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ فِي بَيْتِ زَوْجِهَا وَمسْؤوْلَةًّ عَنْ رعِيَّتِهَا، وَالْخَادِمُ رَاعٍ فِي مَالِ سَيِّدِهِ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَمَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. 
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Setiap daripada kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya. Seorang pemimpin adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya. Seorang suami adalah pemimpin bagi seluruh keluarganya, dan akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin atas rumah suaminya dan akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya. Pekerja adalah pemimpin dalam mengelola harta majikannya dan akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya. Maka setiap kamu semua adalah pemimpin yang akan dipertanggungjawabkan atas kepimpinannya itu.”

[Shahih Al-Bukhari no. 893, 2558 dan Muslim no. 1829]

Hadits 652.
وَعَنْ أَبِي يَعْلىَ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: « مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً، يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لِرَعِيَّتِهِ، إلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ » مُتَّفَقٌ عَليْهِ. وَفِي رِوَايةٍ: « فَلَمْ يَحُطهَا بِنُصْحِهِ لَمْ يجِدْ رَائحَةَ الجَنَّة » . وَفِي رِوَايَةٍ لِمُسـْلمٍ : « مَا مِنْ أَمِيْرٍ يَلِي أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ، ثُمَّ لَا يَجهَدُ لَهُمْ، وَيَنْصَحُ لَهُم، إلاَّ لَمْ يَدْخُلْ مَعَهُمُ الجَنَّةَ .
Daripada Abu Ya'la Ma'qil bin Yasar radhiyallahu anhu, dia berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidak ada seorang hamba pun yang Allah jadikan pemimpin, lalu dia meninggal sesuai ajalnya, sedang dia berlaku curang terhadap orang yang dipimpinnya, melainkan Allah haramkan atasnya surga.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1750 dan Muslim no. 1429]

Dalam riwayat lain, “Sedang dia tidak mahu menasihati rakyatnya, maka dia tidak akan mencium bau surga.

Dalam riwayat Muslim, “Tidak ada seorang pemimpin pun yang memimpin urusan kaum muslimin, kemudian dia tidak mahu berkorban untuk mereka dan tidak mahu menasihati mereka melainkan dia tidak akan masuk surga bersama mereka.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1750 dan Muslim no. 229/142]

Hadits 653.
وَعَنْ عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ فِي بَيْتي هَذَا : « اللَّهُمَّ مَنْ وَلِيَّ مِنْ أمَّرِ أُمَّتِي شَيْئًا فَشَقَ عَلَيهِمْ فَاشْقُقْ عَلَيْهِ، وَمَنْ وَلِيَ مِنْ أَمْرِ أَمَّتي شَيْئًا فَرَفِقَ بِهِمْ فَارْفُقْ بِهِ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Aisyah radhiyallahu anha, berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berdoa di rumahku ini,

“Ya Allah, barangsiapa yang memimpin urusan umatku lalu dia mempersulit urusan mereka, maka persulitlah baginya. Dan barangsiapa yang memimpin urusan umatku lalu dia berlaku lembut terhadap mereka, maka berlaku lembutlah terhadapnya.

[Shahih Muslim no. 1828]

Hadits 654.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَة رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « كَانَتْ بَنُوْ إسْرَائِيلَ تَسُوْسُهُمُ الأَنْبِيَاءُ، كُلَّمَا هَلَكَ نَبي خَلَفَهُ نَبِيٌّ، وَإنَّهُ لَا نَبِيَّ بَعْدِيْ، وَسَيَكُوْنُ بَعْدِي خُلَفَاءُ فَيَكثُرُوْنَ » قَالُوْا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ فَمَا تَأْمُرُنَا؟ قَالَ: « أَوْفُوْا بِِبَيعَةِ الأَوَّلِ فَالأَوَّلِ، ثُمَّ أَعْطُوْهُمْ حَقَّهُم، وَاسْأَلُوْا اللَّهَ الَِّذيْ لَكُمْ، فَإنَّ اللَّهَ سْائِلُهُمْ عَمَّا اسْتَرعَاهُمْ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dahulu Bani Isra'il selalu dipimpin oleh para nabi, tiap kali seorang nabi wafat digantikan oleh nabi yang lainnya, sesungguhnya tidak ada nabi sesudahku, dan akan ada banyak sepeninggalku para khalifah.” Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang kamu perintahkan kepada kami?” Baginda menjawab, “Tepatilah bai'atmu kepada yang pertama lalu berikutnya, berikan hak mereka kepada mereka dan mohonlah kepada Allah atas hak kalian, sesuatu saat Allah akan menanyakan kepada mereka mengenai apa yang mereka pimpin.

[Shahih Al-Bukhari no. 3455 dan Muslim no. 1842]

Hadits 655.
وَعَنْ عَائِذ بْنِ عَمْروٍ رَضِيَ اللُه عَنْهُ أَنَّهُ دَخَلَ عَلَى عُبيدِ اللهِ ابْنِ زِيادٍ، فَقَالَ لهُ : أَيْ بُنَيَّ، إني سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ: « إنَّ شَرَّ الرِّعَاءِ الْحُطَمَةُ » فَإيَّاكَ أَنْ تَكُوْنَ مِنْهُمْ، مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ai'dz bin Amr radhiyallahu anhu, bahwasanya dia pernah menemui Ubaidilah bin Ziyad lalu berkata, “Wahai anakku, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya seburuk-buruk pemimpin adalah pemimpin yang kejam,” maka janganlah kamu tergolong daripada mereka.” 

[Shahih Muslim no. 1830]


sedang dikemaskini












Syarah Riyadhus Shalihin Bab 78. Perintah Bagi Para Penguasa Untuk Bersikap Lembut Dan Kasih Sayang Terhadap Rakyat Serta Larangan Menipu Rakyat Atau Berlaku Keras Terhadap Mereka Juga Mengabaikan Keperluan mereka.

  Allah ﷻ berfirman : ۞وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ۞ “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang beriman...