Jumaat, 20 September 2019

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 60. Murah Hati Dan Dermawan Serta Menggunakan Harta Dalam Hal Kebaikan Dengan Penuh Percaya Kepada Allah Ta'ala.

Allah ﷻ berfirman:
۞وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ۞
...“Dan apa saja yang kamu infakkan, Allah Ta'ala akan menggantikannya.
(QS. Saba: 34: 39)

Allah ﷻ berfirman:
۞وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَلِأَنْفُسِكُمْ ۚ وَمَا تُنْفِقُونَ إِلَّا ابْتِغَاءَ وَجْهِ اللَّهِ ۚ وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ وَأَنْتُمْ لَا تُظْلَمُونَ۞
“Dan barang-barang baik -dari rezeki- yang engkau semua nafkahkan itu adalah untuk dirimu sendiri dan engkau semua tidak menafkahkannya melainkan kerana mengharapkan keredhaan Allah, juga barang-barang baik yang engkau semua nafkahkan itu, nescaya akan dibalas kepadamu dan tidaklah enu semua dianiaya.” (QS. Al-Baqarah: 2: 272)

Allah ﷻ berfirman:
۞وَمَا تُنْفِقُوا مِنْ خَيْرٍ فَإِنَّ اللَّهَ بِهِ عَلِيمٌ۞
“Dan barang-barang baik yang berupa apapun juga yang engkau semua nafkahkan, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 2: 273)

Hadits 542.
وعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنَ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « لَا حَسَدَ إِلاَّ فِي اثْنَتَيْنِ: رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً، فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الْحَقِّ، وَرَجُلٌ آتَاه اللَّهُ حِكْمَةً، فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُها » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu, bahwasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tidak dibenarkan dengki (iri hati) kecuali kepada dua keadaan. Pertama, kepada seorang yang dikurniakan harta kekayaan oleh Allah Ta'ala, lalu dia membelanjakannya pada perkara-perkara yang benar. Kedua, kepada seseorang yang diberi hikmah (ilmu) oleh Allah Ta'ala, hingga dia menggunakan ilmu dengan berhujjah dengannya serta mengajarkannya.

[Shahih Al-Bukhari no. 73. 1409. 7141. Muslim no. 816]

Hadits 543.
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « أَيُّكُمْ مَالُ وَارِثِهِ أَحَبُّ إِلَيْهِ مِنْ مَالهِ؟ » قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا مِنَّا أَحَدٌ إِلاَّ مَالُهُ أَحَبُّ إِلَيْهِ. قَالَ: « فَإِنَ مَالَه ما قَدَّمَ وَمَالَ وَارِثهِ مَا أَخَّرَ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Siapakah di antara kamu semua yang harta pewarisnya lebih dia cintai daripada hartanya sendiri?

Mereka menjawab, Wahai Rasulullah, tidak ada seorang pun di antara kami melainkan hartanya lebih dia cintai daripada harta yang diwarisinya.

Baginda bersabda, Hartamu adalah apa yang telah engkau gunakan manakala harta yang diwarisi olehmu adalah apa yang engkau tangguhkan (selepas pewaris meninggal dunia).

[Shahih Al-Bukhari no. 6442]

Hadits 544.
وعَن عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « اِتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمَرةٍ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Adi bin Hatim radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Jagalah diri kamu semua daripada api neraka, walaupun hanya bersedekah dengan sebiji kurma.

[Shahih Al-Bukhari no. 1417. 6023. Muslim no. 1016]

Hadits 545.
وَعَنْ جَابِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: مَا سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَطُّ فَقَالَ: لَا. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Jabir radhiyallahu anhu dia berkata, “Tidak pernah sama sekali Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam itu dimintai sesuatu, kemudian baginda berkata, “Tidak.”

[Shahih Al-Bukhari no. 6034. Muslim no. 2311]

Hadits 546.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلاَّ مَلَكَانِ يَنْزِلاَنِ، فَيَقُولُ أَحَدَهُمَا: اَللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، وَيَقُولُ الْآخَرُ: اَللَّهُمَّ أَعطِ مُمْسِكًا تَلَفًا » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tidaklah seorang hamba memasuki waktu pagi pada setiap harinya, kecuali ada dua malaikat yang turun. Salah satunya memohon, Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang mensedekahkan hartanya. Dan satu lagi memohon, Ya Allah, binasalah harta orang yang bakhil.

[Shahih Al-Bukhari no. 1442. Muslim no. 1010]

Hadits 547.
وَعَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَـالَ: « قَالَ اللهُ تَعَالَى: أَنْفِق يَا ابْنَ آدَمَ يُنْفَقْ عَلَيْكَ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Allah Ta'ala berfirman, Infaklah wahai anak Adam, nescaya akan diberi gantinya.

[Shahih Al-Bukhari no. 4684. Muslim no. 993]

Hadits 548.
وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْروٍ بْنِ اْلعَاصِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَيُّ الإِسْلَامِ خَيْرٌ؟ قَالَ: « تُطْعِمْ الطَّعَامَ، وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu anhuma dia berkata, bahwa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Islam bagaimanakah yang terbaik?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang miskin) dan mengucapkan salam sama ada terhadap orang yang kamu kenal ataupun orang yang kamu tidak kenal.

[Shahih Al-Bukhari no. 12, 6236 dan Muslim no. 39]

Hadits 549.
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « أَرْبَعُوْنَ خَصْلَةً أَعْلَاهَا مَنِيْحَةُ الْعَنْزِ مَا مِنْ عَامِلٍ يَعْمَلُ بِخَصْلَةٍ مِنْهَا رَجَاءَ ثَوَابِهَا وَتَصْدِيْقَ مَوْعُوْدِهَا إِلاَّ أَدْخَلَهُ اللهُ تَعَالَى بِهَا الْجَنَّةَ » رَوَاهُ البُخَارِيُّ. وَقَدْ سَبَقَ بَيَانُ هَذَا الْحَديْثِ فِي بَابَ بَيَانِ كَثْرَةِ طُرُقِ الْخَيْرِيُّ.
Daripada Abdullah bin Amr bin Ash radhiyallahu anhu dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Ada empat puluh amalan perbuatan baik. Amalan yang paling utama adalah meminjamkan seekor kambing untuk diperah susunya. Barangsiapa yang mengamalkannya salah satunya daripada empat puluh amalan itu, dengan hanya mengharapkan pahala dan membenarkan apa yang dijanjikan padanya, nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam surga kerana amalnya itu.

[Shahih Al-Bukhari no. 2361]

Hadits 550.
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ صُدَيِّ بْنِ عَجْلَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ إِنْ تَبْذُلَ اْلفَضْلَ خَيْرٌ لَكَ، وَإِنْ تُمْسِكَهُ شَرٌّ لَكَ، وَلَا تُلَامُ عَلَى كَفَافٍ، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُوْلُ، وَاْليَدُ الْعُليَا خَيْرٌ مِنَ اليَدِ السُّفْلَى » رَوَاهُ مُسْلِمٌ. .
Daripada Abu Umamah bin Shudai bin 'Ajlan radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Wahai anak Adam, sesungguhnya jika kamu memberikan lebihan hartamu maka itu sangat baik bagimu, dan sekiranya tidak, itu sangat buruk bagimu. Tidak salah kamu hidup dengan ala kadar. Utamakanlah dalam memberi nafkah kepada orang yang menjadi tanggunganmu. Tangan yang di atas (orang yang memberi) lebih baik daripada tangan yang di bawah (orang yang meminta).

[Shahih Muslim no. 1036]

Hadits 551.
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: مَا سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْإِسْلَامِ شَيْئًا إِلاَّ أَعْطَاهُ، وَلَقَدْ جَاءَهُ رَجُلٌ فَأَعطَاهُ غَنَمًا بَيْنَ جَبَلَيْنِ، فَرَجَعَ إِلَى قَوْمِهِ فَقَالَ: يَا قَوْمِ أَسْلِمُوْا فَإِنَّ مُحَمَّدًا يُعْطِي عَطَاءَ مَنْ لَا يَخْشَى الفَقْرَ، وَإِنْ كَانَ الرَّجُلُ لَيُسْلِمُ مَا يُرِيْدُ إِلاَّ الدُّنْيَا، فَمَا يَلْبَثُ إِلاَّ يَسِيْرًا حَتَّى يَكُوْنَ اْلإِسْلَامُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنَ الدُّنْيَا وَمَا عَلَيْهَا. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Anas bin Malik radhiyallahu anhu dia berkata, “Tidaklah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dimintai sesuatu demi untuk Islam kecuali akan diberinya, pernah ada seseorang datang kepada baginda lalu baginda berikan dia seluruh kambing yang ada diantara dua lembah, lalu orang tersebut kembali ke kaumnya dan berkata, “Wahai kaum! Masuklah ke dalam Islam, kerana Muhammad memberi dengan pemberian orang yang tidak takut fakir.” Walaupun lelaki ini terkesan masuk Islam kerana dunia, namun hal ini tidak akan berlangsung kecuali hanya sebentar, hingga akhirnya Islam menjadi yang paling mereka cintai, melebihi cinta mereka terhadap dunia dan seluruh isinya.

[Shahih Muslim no. 1806]

Hadits 552.
وَعَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَسَمَ رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَسْمًا، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ لَغَيْرُ هَؤُلاَءِ كَانُوا أَحَقَّ بِهِ مِنْهُمْ؟ قَالَ: « إِنَّهُمْ خَيَّرُونِي أَنْ يَسأَلُونِي بِالْفُحْشِ فَأُعْطِيَهُمْ أَوْ يُبَخِّلُونِي، وَلَسْتُ بِبَاخِلٍ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Umar radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi sesuatu, lalu aku berkata, Wahai Rasulullah, selain orang itu masih banyak lagi orang yang lebih berhak menerimanya."

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Sesungguhnya mereka yang meminta kepadaku itu memberikan pilihan kepadaku, yaitu tu sama ada mereka meminta dengan paksa, kemudian aku berikan apa yang mereka minta, ataupun mereka akan menganggap aku kedekut, sedangkan aku bukan orang yang kedekut.

[Shahih Muslim no. 1056]

Hadits 553.
وَعَنْ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ قَالَ: بَيْنَمَا هُوَ يَسِيْرُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقْفَلَهُ مِنْ حُنَيْنٍ، فَعَلِقَهُ اْلأَعْرَابُ يَسْأَلُوْنَهُ، حَتَّى اضْطَرُّوْهُ إِلَى سَمُرَةٍ فَخَطَفَتْ رِدَاءَهُ، فَوَقَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: أَعْطُوْنِي رِدَائِي، فَلَوْ كَانَ لِي عَـدَدُ هذِهِ العِضَاهِ نَعَمًا، لَقَسَمْتُهُ بَيْنَكُمْ، ثُمَّ لَا تَجِدُوْنِي بَخِيْلاً وَلَا كَذَّابًا وَلَا جَبَّانًا » رَوَاهُ اْلبُخَارِيُّ.
Daripada Jubair bin Muth'im radhiyallahu anhu dia berkata, “Ketika dia berjalan bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sepulang dari perang Hunain, datanglah orang-orang Badwi berjumpa dan meminta-minta kepada baginda sehingga baginda terpaksa pergi ke sebuah pokok, sementara kain selendang baginda terjatuh. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tertahan lalu bersabda,

“Berikan selendangku (kainku). Sekiranya aku memiliki banyak pokok-pokok berduri ini sebagai harta maka aku akan berikan kepada kamu semua lalu kamu semua tidak akan mendapati aku sebagai orang yang kedekut, pembohong atau pengecut.

[Shahih Al-Bukhari no. 2821, 3148]

Hadits 554.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ، وَمَا زَادَ اللهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّ، وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ للَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta sedikit pun dan tidaklah Allah Ta'ala menambahkan pada seseorang kerana memaafkan (kesalahan orang) kecuali kemuliaan, dan tidaklah seseorang tawadhu (merendah diri) kerana Allah kecuali Dia akan mengangkat (derajat)nya.

[Shahih Muslim no. 2588]

Hadits 555.
وَعَنْ أَبِي كَبْشَةَ عُمْرِو بْنَ سَعْدٍ اْلأَنْمَارَيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمَعَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: « ثَلَاثَةٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيْثًا فَاحْفَظُوْهُ: مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ، وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلَمَةً صَبَرَ عَلَيْهَا إِلاَّ زَادَهُ اللهُ عِزًّا، وَلَا فَتَحَ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلاَّ فَتَحَ اللهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ، أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا. وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيْثًا فَاحْفَظُوْهُ. قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لأَرْبَعَةِ نَفَرٍ:

عَبْدٍ رَزَقَه اللهُ مَالاً وَعِلْمًا، فَهُو يَتَّقِي فِيْهِ رَبَّهُ، وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ، وَيَعْلَمُ للَّهِ فِيْهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنازِلِ.

وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ عِلْمًا، وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالاً فَهُوَ صَادِقُ النِّيَّةِ يَقُوْلُ: لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ، فَهُوَ نِيَّتُهُ، فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ. 

وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالاً، وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا، فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ، لَا يَتَّقِي فِيْهِ رَبَّهُ وَلَا يَصِلُ رَحِمَهُ، وَلَا يَعلَمُ للَّهِ فِيْهِ حَقًّا ، فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ.
وَعَبْدٍ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالاً وَلَا عِلْمًا، فَهُوَ يَقُولُ: لَوْ أَنَّ لِي مَالاً لَعَمِلْتُ فِيْهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ، فَهُوَ نِيَّتُهُ، فَوِزْرُهُمَا سَوَاءٌ » رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ.
Daripada Abu Kabsyah Amr bin Sa'ad Al-Anmari radhiyallahu anhu, bahwa dia pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Ada tiga hal yang aku bersumpah atasnya, aku akan ceritakan kepada kalian, maka ingatlah, “Tidaklah harta seseorang berkurang kerana bersedekah. Tidaklah seseorang dizalimi lalu dia bersabar terhadap kezaliman itu melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Tidaklah mencuba membuka pintu untuk meminta-minta melainkan Allah akan bukakan baginya pintu kefakiran. Kini aku akan berceritakan kepada kalian, maka ingatlah, “Sesungguhnya dunia ini hanya untuk empat golongan:

1). Seorang yang Allah karuniai harta dan ilmu, dia bertakwa kepada Rabb (Tuhannya) dengan harta itu, dia jalin silaturrahim dan mengetahui hak Allah di dalamnya, inilah yang tertinggi kedudukannya.

2). Seorang yang dikaruniai ilmu, namun tidak diberi harta, sedang dia mempunyai niat yang benar, dia berkata, “Seandainya aku diberi harta, niscaya aku akan melakukan kebaikan sebagaimana yang dilakukan oleh si fulan,” maka ia mendapat pahala niatnya dan pahala kedua golongan di atas sama.

3). Seorang hamba yang diberi harta tetapi tidak dikaruniai ilmu, dia hamburkan hartanya tanpa ilmu, tidak bertakwa kepada Rabbnya dengan harta itu, tidak digunakan untuk menjalin silaturrahim, juga tidak mengenal hak Allah pada hartanya, golongan ini adalah yang paling rendah kedudukannya.

4). Seorang yang tidak dikaruniai harta dan tidak pula dianugerahi ilmu, dia berkata, “Seandainya aku mempunyai harta, pasti aku akan melakukan suatu perbuatan (maksiat), maka ia akan dapati niatnya dan dosa keduanya sama, tidak berbeda.”

[Hr At-Tirmidzi no. 2325. Abu Dawud no. 1894, dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Al-Jami' no. 3024 dan 3025]

Hadits 556.
وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُا أَنَّهُمْ ذَبَحُوْا شَاةً، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَا بَقِيَ مِنْهَا؟ » قَالَتْ: مَا بَقِيَ مِنْهَا إِلاَّ كَتِفُهَا، قَالَ: « بَقِي كُلُّهَا غَيْرَ كَتِفِهَا» رَوَاهُ التَّرمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيْثٌ صَحِيْحٌ.
Daripada Aisyah radhiyallahu ‘anha dia berkata, “Para sahabat pernah menyembelih seekor kambing, lalu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya, “Masih adakah lagi bagian yang tinggal?”

Aisyah menjawab, “Tidak ada kecuali tulang rusuknya.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Semuanya ada kecuali tulang rusuk rusuknya.”

[Hr Tirmidzi no. 2470 dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no. 2544]

Hadits 557.
وَعَنْ أَسْمَاءَ بِنْتِ أَبِي بَكْرٍ الصَّدِّيْقِ رَضِيَ اللهُ عَنْمَا قَالَتْ: قَالَ لِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم: « لَا تُوكِي فَيُوكِيَ اللهُ عَلَيْكِ ». وَفِي رِوَايَةٍ « أَنْفِقِيْ أَوْ أَنْفَحِيْ أَوْ أَنْضِحِيْ، وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللهُ عَلَيكِ، وَلَا تُوعِي فَيُوْعِيَ اللهُ عَلَيْكِ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Asma binti Abu Bakar radhiyallahu ‘anha, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berpesan kepadaku,

“Janganlah kamu menutupi terhadap apa yang kamu miliki, maka Allah akan menutupi rezekimu.

Dalam riwayat lain, “Berinfaklah, bersedekahlah kamu dan jangan kamu berkira-kira, kerana nanti Allah akan berkira-kira (rezeki yang diberikan) kepadamu dan janganlah kamu tutup rapat laci tempat menyimpan makanan itu kerana nanti Allah akan menutup rezekimu.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1433. 1434. 2590. 2591 dan Muslim no. 1029]

Hadits 558.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: « مَثَلُ الْبَخِيلِ وَالْمُنْفِقِ كَمَثَلِ رَجُلَيْنِ عَلَيْهِمَا جُبَّتَانِ مِن حَدِيدٍ مِنْ ثْدِيِّهِمَا إِلَى تَرَاقِيهِمَا، فَأَمَّا الْمُنْفِقُ فَلاَ يُنْفِقُ إِلاَّ سَبَغَتْ أَوْ وَفَرَتْ عَلَى جِلْدِهِ حَتَّى تُخْفِيَ بَنَانَهُ، وَتَعْفُوَ أَثَرَهُ، وَأَمَّا الْبَخِيلُ فَلاَ يُرِيدُ أَنْ يُنْفِقَ شَيئًا إِلاَّ لَزِقَتْ كُلُّ حَلْقَةٍ مَكَانَهَا فَهُو يُوَسِّعُهَا فَلاَ تَتَّسِعُ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Perumpamaan orang yang kedekut dan orang yang menginfakkan hartanya, bagaikan dua orang yang memakai baju besi yang hanya menutupi sebagian dadanya. Adapun orang yang suka berinfak, maka setiap kali dia berinfak nescaya bajunya semakin tertutup sehingga akhirnya menutupi seluruh badannya sampai kepada hujung kakinya. Sedangkan orang yang kedekut, setiap kali dia tidak mahu berinfak dengan sesuatu apapun maka baju besinya akan menjadi ketat dan tubuhnya yang terdedah kekal terdedah. Dan ketika dia mencuba untuk melonggarkannya maka tidak dapat melonggarkannya.”

[Shahih Al-Bukhari no. 2917, 5299, 5797 dan Muslim no. 1021]

Hadits 559.
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ تَصَدَّقَ بِعِدْلِ تَمْرَةٍ مِنْ كَسْبٍ طَيِّبٍ، وَلَا يَقْبَلُ اللهُ إِلاَّ الطَّيِّبَ فَإِنَّ اللهَ يَقْبَلُهَا بِيَمِيْنِهِ، ثُمَّ يُرَبِّيْهَا لِصَاحِبِهَا، كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ فَلُوَّهُ حَتَّى تَكُوْنَ مِثْلَ الْجَبَلِ ». مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada (Abu Hurairah radhiyallahu anhu) dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa bersedekah dengan nilai sebiji kurma daripada hasil usaha yang baik (halal), yang mana Allah tidak akan menerima kecuali yang baik (halal), maka sesungguhnya Allah akan menerima sedekah itu dengan tangan kanan-Nya, kemudian memeliharanya untuk orang yang bersedekah itu, sebagaimana salah seorang memelihara anak kuda, sehingga sedekah itu menjadi sebesar bukit.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1410 Muslim no. 1014]

Hadits 560.
وَعَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بَيْنَمَا رَجُلٌ يَمْشِي بِفَلَاةٍ مِنَ اْلأَرْضِ، فَسَمِعَ صَوْتًا فِي سَحَابَةٍ: اِسْقِ حَدِيْقَةَ فُلَانٍ ، فَتَنَحَّى ذَلِكَ السَّحَابُ فَأَفْرَغَ مَاءَهُ فِي حَرَّةٍ، فَإِذَا شَرْجَةٌ مِنْ تِلْكَ الشِّرَاجِ قَدِ اسْتَوعَبَتْ ذَلِكَ الْمَاءَ كُلَّهُ فَتَتَبَّعَ الْمَاءَ، فَإِذَا رَجُلٌ قَائِمٌ فِي حَدِيْقَتِهِ يُحَوِّلُ الْمَاءَ بمِسَحَاتِهِ، فَقَالَ لَهُ: يَا عَبْدَ اللَّهِ مَا اسْمُكَ؟ قَالَ: فُلَانٌ، للاِسْمِ الَّذِي سَمِعَ فِي السَّحَابَةِ، فَقَالَ لَهُ: يَا عَبْدَ اللَّهِ لِمَ تَسْأَلُنِيْ عَنِ اسْمِيْ؟ فَقَالَ: إِنَّي سَمِعْتُ صَوْتًا فِي السَّحَابِ الَّذِي هَذَا مَاؤُهُ يَقُوْلُ: اِسْقِ حَدِيْقَةَ فُلَانٍ لإِسْمِكَ، فَمَا تَصْنَعُ فِيْهَا؟ فَقَالَ: أَمَّا إِذْ قُلْتَ هَذَا، فَإِنِّي أَنْظُرُ إِلَى مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، فَأَتَّصَدَّقُ بِثُلُثِهِ، وَآكُلُ أَنَا وَعِيَالِي ثُلُثاً، وَأَرُدُّ فِيْهَا ثُلثَهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada (Abu Hurairah radhiyallahu anhu) daripada daripada “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda,

“Tatkala seorang berjalan di tengah tanah lapang, tiba-tiba dia mendengar suara dari awan, “Siramkan ke kebun Fulan,” mendadak awan itu berpaling dan menuangkan airnya ke tempat yang banyak batu, tiba-tiba terbentuklah sebuah selokan yang dapat menampung air tersebut seluruhnya, maka dia pun mengikuti ke mana air itu mengalir, tiba-tiba didapati seorang lelaki berdiri di kebun sedang menceduk air. Maka dia bertanya kepada orang itu, “Wahai hamba Allah, siapa namamu?” Dia menjawab, “Fulan,” persis dengan nama yang didengarnya dari awan itu. Lelaki itu berbalik bertanya, “Mengapa kamu menanyakan namaku?” Dia menjawab, “Aku tadi mendengar suara dari awan, sirami kebun Fulan, dia menyebutkan namamu, apa sebenarnya yang telah kamu perbuat?” Lelaki itu menjawab, “Berkenaan dengan itu, aku selalu memerhatikan apa yang dihasilkan kebunku ini, lalu sepertiganya aku sedekahkan, sepertiga untukku dan keluargaku makan, dan sepertiganya lagi untuk berkebun.”

[Shahih Muslim no. 2984]

Jumaat, 6 September 2019

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 59. Anjuran Makan Daripada Hasil Usaha Sendiri Serta Menahan Diri Daripada Meminta-Minta Dan Menuntut Agar Diberi.

Allah ﷻ berfirman:
۞فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلَاةُ فَانْتَشِرُوا فِي الْأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ اللهِ۞
Apabila telah ditunaikan shalat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah. (QS. Al-Jumu'ah: 62: 10)

Hadits no. 537.
وَعَنْ أَبِي عَبْدِ اللهِ الزُّبَيْرِ بْنِ الْعَوَّامِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « لَأَنْ يَأْخُذَ أَحَدُكُمْ أَحْبُلَهُ ثُمَّ يَأْتِيَ الْجَبَلَ، فَيَأْتِيَ بِحُزْمَةٍ مِنْ حَطَبٍ عَلَى ظَهِرِهِ فَيَبيعَهَا، فَيَكُفَّ اللهُ بِهَا وَجْهَهُ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسأَلَ النَّاسَ، أَعطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Abu Abdullah az-Zubair bin Al-Awwam radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya, sekiranya salah seorang di antara kamu semua mengambil beberapa utas tali, kemudian pergi ke gunung dan kembali dengan memikul seikat kayu dan menjualnya, kemudian dengan hasil itu Allah mencukupkan keperluan hidupnya, itu lebih baik daripada meminta-minta kepada sesama manusia, sama ada mereka memberi mahupun tidak.

[Shahih Al-Bukhari no. 1471, 2373]

Hadits no. 538.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « لَأَنْ يَحْتَطِبَ أَحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهرِهِ، خَيْرٌ مِنْ أَنْ يَسْأَلَ أَحَدًا، فَيُعُطيَه أَوْ يَمْنَعَهُ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya, sekiranya salah seorang di antara kamu semua mencari kayu dan memikul ikatan kayu itu, maka itu lebih baik daripada dia meminta-minta kepada seseorang, sama ada orang itu memberinya ataupun tidak.

[Shahih Al-Bukhari no. 2374. Muslim no. 1042]

Hadits no. 539.
وَعَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « كَانَ دَاوُدُ عليهِ السَّلاَمُ لَا يَأْكُلُ إِلاَّ مِن عَمَلِ يَدِهِ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Nabi Daud ‘alaihis salam tidak pernah makan kecuali dari hasil usaha tangannya sendiri.

[Shahih Al-Bukhari no. 2073]

Hadits no. 540.
وَعَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « كَانَ زَكَرِيَّا عَلَيْهِ السَّلاَمُ نَجَّارًا » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Nabi Zakaria ‘alaihis salam adalah seorang tukang kayu.

[Shahih Muslim no. 2379]

Hadits no. 541.
وَعَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ مَعْدِ يكَرِبَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا خَيْرًا مِنْ أَنَ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ، وَإِنَّ نَبِيَّ اللهِ دَاوُدَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْكلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ » رَوَاهُ اْلبُخَارِيُّ.
Daripada Al-Miqdam bin Ma'dikarib radhiyallahu anhu, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda,

Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari memakan hasil usahanya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud ‘alaihis salam juga makan hasil usahanya sendiri.

[Shahih Al-Bukhari no. 2072]

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 58. Boleh Menerima Pemberian Sekiranya Tidak Meminta-Minta.

Hadits no. 536.
عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ أَبِيهِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَ قَالَ: كَانَ رَسُولُ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْطِينِي الْعَطَاءَ، فَأَقُولُ: أَعْطِهِ مَنْ هُوَ أَفٔقَرُ إِلَيْهِ مِنِّي، فَقَالَ: « خُذْهُ، إِذَا جَاءَكَ مِنْ هَذَا الْمَالِ شَيءٌ، وَأَنْتَ غَيْرُ مُشْرِفٍ وَلَا سَائِلٍ، فَخُذْهُ فَتَموَّلْهُ فَإِنْ شِئْتَ كُلْهُ، وَإِنْ شِئْتَ تَصْدَّقْ بِهِ، وَمَا لَا، فَلاَ تُتبِعْهُ نَفْسَكَ » قَالَ سَالِمٌ: فَكَانَ عَبْدُ اللهِ لَا يَسْأَلُ أَحَدًا شَيْئًا، وَلَا يَرُدُّ شَيْئًا أُعْطِيَهِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Salim bin Abdullah bin Umar, daripada ayahnya yaitu Abdullah bin Umar radhiyallahu anhuma dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam  pernah memberiku suatu pemberian lalu aku berkata kepadanya, “Berikanlah kepada orang yang lebih fakir daripadaku.Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam  bersabda,

Ambillah, sekiranya diberi kepadamu sesuatu sedangkan kamu tidak mengharap-harapkannya dan tidak pula meminta-mintanya, maka ambillah dan simpanlah untukmu. Jika kamu suka, makanlah dan jika kamu suka, sedekahkanlah. Tetapi sekiranya bukan begitu, maka janganlah kamu menuruti keinginanmu itu.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1473. Muslim no. 1054]

Rabu, 7 Ogos 2019

Riyadhus Shalihin Bab 57. Qana’ah, Menahan Diri Daripada Perbuatan Tercela, Dan Sederhana Dalam Urusan Kehidupan Dan Mempergunakan Harta Serta Tercelanya Meminta-Minta Kecuali Ketika Darurat.

Allah ﷻ berfirman:
۞وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا۞
Dan tidak ada satu pun makhluk bergerak (bernyawa) di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya. (QS. Hûd: 11: 6)

Allah ﷻ berfirman:
۞لِلْفُقَرَاءِ الَّذِينَ أُحْصِرُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ لَا يَسْتَطِيعُونَ ضَرْبًا فِي الْأَرْضِ يَحْسَبُهُمُ الْجَاهِلُ أَغْنِيَاءَ مِنَ التَّعَفُّفِ تَعْرِفُهُمْ بِسِيمَاهُمْ لَا يَسْأَلُونَ النَّاسَ إِلْحَافًا۞
Pemberian sedekah itu ialah bagi orang-orang fakir miskin yang telah menentukan dirinya (oleh jihad) di jalan Allah; mereka tidak dapat (berusaha) di bumi; orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari minta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 2: 273)

Allah ﷻ berfirman:
۞وَالَّذِينَ إِذَا أَنْفَقُوا لَمْ يُسْرِفُوا وَلَمْ يَقْتُرُوا وَكَانَ بَيْنَ ذَٰلِكَ قَوَامًا۞
Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.
(QS. Al-Furqan: 25: 67)

Allah ﷻ berfirman:
۞وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ۞مَا أُرِيدُ مِنْهُمْ مِنْ رِزْقٍ وَمَا أُرِيدُ أَنْ يُطْعِمُونِ۞
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.
(QS. Az-Zariyat: 51: 56-57)

Hadits 520.
عَنْ أَبي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « لَيسَ الْغِنَي عَنْ كَثْرَةِ الْعَرضِ، وَلكِنَّ الْغِنِيَ غِنَي النَّفْسِ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda bersabda,

Kekayaan itu bukanlah kerana banyaknya harta tetapi kekayaan itu ialah kaya hati.”

[Shahih Al-Bukhari no. 6446. Muslim no. 1051]

Hadits 521.
وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « قَدْ أَفلَحَ مَنْ أَسَلَمَ، وَرُزِقَ كَفَافًا، وَقَنَّعَهُ اللهُ بِمَا آتَاهُ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abdullah bin Amr radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya amat beruntung orang yang memeluk Islam dan diberi rezeki yang cukup serta Qana'ah (rasa cukup dan puas) terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya.

[Shahih Muslim no. 1054]

Hadits 522.
وَعَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَأَلْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَعْطَانِي، ثُمَّ سَأَلْتُهُ فَأَعْطَانِي، ثُمُّ سَأَلْتُهُ فَأَعْطَانِي، ثُمَّ قَالَ: « يَا حَكِيْمُ، إِنَّ هَذَا الْمَالَ خَضِرٌ حُلْوٌ، فَمَنْ أَخَذَهُ بِسَخَاوَةِ نَفسٍ بُورِكَ لَهُ فِيْهِ، وَمَنْ أَخَذَهُ بِإِشْرَافِ نَفْسٍ لَمْ يُبَارَكْ لَهُ فِيْهِ، وَكَانَ كَالَّذِي يَأْكُلُ وَلَا يَشْبَعُ، وَاْليَدُ اْلعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ اْليَدِ السُّفْلَى » قَالَ حَكِيْمٌ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ وَالَّذِي بَعَثَكَ بِالْحَقِّ لَا أَرْزَأُ أَحَدًا بَعدَكَ شَيْئًا حَتَّى أُفَارِقَ الدُّنْيَا، فَكَانَ أَبُو بَكْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَدْعُوْ حَكِيْمًا لِيُعْطِيَهُ اْلعَطَاءَ، فَيَأْبَى أَنْ يَقْبَلَ مِنْهُ شَيْئًا. ثُمَّ إِنَّ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ دَعَاهُ لِيُعْطِيَهُ، فَأَبَى أَنْ يَقْبَلَهُ. فَقَالَ: يَا مَعْشَرَ الْمُسْلِمِيْنَ، أُشْهِدُكُمْ عَلَى حَكِيْمٍ أَنِّي أَعْرِضُ عَلَيْه حَقَّهُ الَّذِي قَسَمَهُ اللهُ لَهُ فِي هَذَا الْفَيءِ، فيَأْبَى أَن يَأْخُذَهُ. فَلَمْ يَرْزَأْ حَكِيْمُ أَحَدًا مِنَ النَّاسِ بَعْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى تُوُفِّيَ . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Hakim bin Hizam radhiyallahu anhu dia berkata, “Aku pernah meminta kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam lalu Rasulullah memberi, kemudian aku memintanya lagi dan Rasulullah pun memberi lagi, kemudian aku kembali memintanya dan Rasulullah tetap memberi.

Selanjutnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Wahai Hakim, sesungguhnya harta itu khudrun (membuat senang orang melihatnya) dan hulwun (mudah dinikmati). Maka barangsiapa yang mendapatkannya kerana kemurahan hati, semoga diberkahi. Dan barangsiapa yang mendapatkannya dengan ketamakan, maka tidak akan diberkahi, seperti orang yang makan namun tidak merasa kenyang. Dan tangan di atas lebih baik daripada tangan dibawah.

Aku berkata, “Wahai Rasulullah, Demi Dzat Yang mengutusmu dengan kebenaran, aku tidak akan minta sesuatu kepada siapa pun sampai aku meninggal dunia.

Abu Bakar (setelah menjadi khalifah) memanggil Hakim untuk memberinya suatu pemberian, namun dia tidak mahu menerimanya. Kemudian Umar Al-Khattab (tatkala menjadi khalifah), memanggilnya untuk diberikan suatu pemberian, namun dia menolaknya. 

Kemudian Umar pun berkata, “Wahai sekalian kaum muslimin, aku mempersaksikan kalian atas Hakim bahwa aku menawarkan haknya yang Allah telah tentukan dari harta rampasan ini, namun dia menolak untuk mengambilnya. Hakim tidak pernah meminta kepada sesiapa pun sepeningga Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa salam, sampai Rasulullah wafat.

[Shahih Al-Bukhari no. 1472. Muslim no. 1035]

Hadits 523.
وَعَنْ أَبِي بُردَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى الْأَشعَرِيِّ رَضِيَ اللّهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ وَنَحْنُ سِتَّةُ نَفَرٍ بَيْنَنَا بَعِيرٌ نَعْتَقِبُهُ، فَنَقِبَتْ أَقْدَامُنَا، وَنَقِبَتْ قَدَمِي، وَسَقَطَتْ أَظْفارِي، فَكُنَّا نَلُفُّ عَلَى أَرْجُلِنَا الْخِرَقَ، فَسُمِّيَتْ غَزْوَةَ ذَاتِ الرِّقَاعِ لِمَا كُنَّا نَعْصِبُ عَلَى أَرْجُلِنَا الْخِرَقَ، قَالَ أَبُو بُرْدَةَ: فَحَدَّثَ أَبُو مُوسَى بِهَذَا الْحَدِيثِ، ثُمَّ كَرِهَ ذَلِكَ، وَقَالَ: مَا كُنْتُ أَصْنَعُ بِأَنْ أَذْكُرَهُ، قَالَ: كَأَنَّهُ كَرِهَ أَنْ يَكُونَ شَيْئًا مِنْ عَمَلِهِ أَفْشَاهُ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu anhu dia berkata, “Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam suatu peperangan. Ketika itu kami seramai enam orang dan kami hanya memiliki seekor unta yang kami gunakan secara bergilir-gilir, sehinggalah kaki kami terluka (kerana berjalan) begitu juga kakiku, bahkan kuku kakiku tercabut.

Kemudian kami membalut kaki kami dengan khiraq (kain perca). Oleh kerana itu perang itu dinamakan perang Zãtur Riqã, kerana kami membalut kaki kami dengan khiraq.”

Abu Burdah berkata, “Abu Musa menceritakan perkara ini, kemudian dia tidak mahu menceritakannya lagi dan berkata, Buat apa aku menyebut-nyebut apa yang telah aku lakukan.

Abu Burdah berkata, “Seolah-olah dia tidak suka jika sesuatu yang pernah dilakukannya itu dihebah-hebahkan.”

[Shahih Al-Bukhari no. 4128. Muslim no. 1816]

Hadits 524.
وَعَنْ عَمْرِو بْنِ تَغْلِبِ بِفَتْحِ التَّاءِ الْمَثَنَّاةِ فَوْقَ وَإِسْكَانِ الْغَيْنِ الْمُعْجَمَةِ وَكَسْرِ الَّلامِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللَّه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُتِيَ بِمَالٍ أَوْ سَبْيٍ فَقَسَّمَهُ، فَأَعْطَى رِجَالًا، وَتَرَكَ رِجَالًا، فَبَلَغَهُ أَنَّ الَّذِيْنَ تَرَكَ عَتبُوا، فَحَمِدَ اللهَ، ثُمَّ أَثْنَى عَلَيهِ، ثُمَّ قَالَ: « أَمَّا بَعْدُ، فَوَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْطِيْ الرَّجُلَ وَأَدَعُ الرَّجُلَ، وَالَّذِيْ أَدَعُ أَحَبُّ إلَيَّ مِنَ الَّذِي أُعْطِي، وَلَكِنِّي إِنَّمَا أُعْطِي أَقْوَامًا لِمَا أَرَى فِي قُلُوبِهِمْ مِنَ الْجَزْعِ وَالْهَلَعِ، وَأَكِلُ أَقْوَامًا إِلَى مَا جَعَلَ اللهُ فِي قُلُوْبِهِمْ مِنَ الْغِنَي وَالْخَيْرِ، مِنْهُمْ عَمْرُوُ بْنُ تَغلِبَ » قَالَ عَمْرُو بْنُ تَغْلِبَ: فَوَاللهِ مَا أُحِبُّ أَنَّ لِي بِكلِمةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حُمْرَ النَّعَمِ. رَوَاهُ اْلبُخَارِيُّ.
Daripada Amr bin Taghlib radhiyallahu anhu dia berkata, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah diberi harta atau tawanan, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam membagi-bagikannya. Ada yang diberi ada juga yang tidak. Kemudian terdengar berita bahwa orang-orang yang tidak diberi mengeluh. Maka Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam berkhutbah, serta memuji dan menyanjung Allah. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,

Demi Allah, sesungguhnya aku memberi harta rampasan kepada seseorang, sedangkan yang lain tidak. Sebenarnya orang yang tidak aku beri, lebih aku cintai daripada orang yang diberi. Tetapi sesungguhnya aku memberi harta rampasan itu kepada orang yang di dalam hatinya dibelenggu kegelisahan dan keresahan. Dan aku serahkan kepada Allah orang-orang yang ditetapkan pada hati mereka kekayaan dan kebaikan, di antara mereka itu adalah Amr bin Taghlib. Mendengar yang demikian. Amr bin Taghlib berkata, “Demi Allah, aku tidak suka kalau perkataan Rasulullah itu digantikan dengan unta merah (harta kekayaan).

[Shahih Al-Bukhari no. 923, 7535]

Hadits 525.
عَنْ حَكِيْمِ بْنِ حِزَامٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ :اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَى، وَابْدَأْ بِمَنْ تَعُوْلُ، وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَان عَنْ ظَهْرِ غَنيٍّ، وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفَّهُ اللهُ، وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ. وَهَذَا لَفْظُ اْلبُخَارِيُّ، وَلَفْظُ مُسْلِمٍ أَخْصَرُ.
Daripada Hakim bin Hizam radhiyallahu anhu dia berkata, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah. Mulailah (dalam bersedekah) dari orang-orang yang menjadi tanggunganmu. Dan sebaik-baik sedekah adalah ketika masih kaya. Barangsiapa menjaga harga dirinya, maka Allah pun akan menjaganya, dan barangsiapa yang merasa dirinya cukup, maka Allah akan mencukupinya.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1427. Muslim no. 1034]

Hadits 526.
وَعَنْ سُفْيَانَ بْنِ صَخْرِ بْنِ حَرْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ « لَا تُلْحِفُوا فِي الْمَسْالَةِ، فَوَاللهِ لَا يَسْالُنِي أَحَدٌ مِنْكُمْ شَيْئًا، فَتُخْرِ جُ لَهُ مَسْأَلَتُهُ مِنَي شَيْئًا وَأَنَا لَهُ كَارِهٌ، فَيُبَا رَكَ لَهُ فِيمَا أَعْطَيْتُهُ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Abdir Rahman Mu’awiyah bin Abu Sufyan yaitu Sufyan bin Shakhr bin Harb radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Janganlah kamu semua mempersangatkan dalam meminta sesuatu. Demi Allah, tidaklah seorang dari kamu semua itu meminta sesuatu, kemudian kerana permintaannya itu lalu dapat mengeluarkan sesuatu pemberian daripadaku untuknya, sedangkan aku tidak senang dengan cara memintanya, selanjutnya lalu diberkahi untuk orang tadi dalam apa-apa yang aku berikan.”

[Shahih Muslim no. 1038]

Hadits 527.
وَعَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ اْلأَشْجَعِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كُنَّا عِنْدَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِسْعَةً أَوْ ثَمَانِيَةً أَوْ سَبْعَةً، فَقَالَ: أَلاَ تُبَايِعُوْنَ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكُنَّا حَدِيْثي عَهْدٍ بِبيْعَةٍ، فَقُلْنَا: قَدْ بَايَعْنَاكَ يَا رَسُولَ اللهِ، ثُمَّ قَالَ: « أَلَا تُبَايِعُوْنَ رَسُوْلَ اللهِ؟ » فَبَسَطٍنَا أَيْدِيْنَا وَقُلْنَا قَدْ بَايَعْنَاكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ فَعَلاَمَ نَبَايِعُكَ؟ قَالَ: « عَلَى أَنْ تَعْبُدُوْا اللهَ وَلَا تُشْرِكُوْا بِهِ شَيْئًا، وَالصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ وَتِطِيْعُوْا » وَأَسَرَّ كَلمَةً خَفِيَّةً: « وَلاَ تَسْأَلُوْا النَّاسَ شَيْئًا. » فَلَقَدْ رَأَيْتُ بَعْضَ أُولِئِكَ النَّفَرِ يَسْقُطُ سَوْطُ أَحَدِهِمْ فَمَا يَسْأَلُ أَحَدًا يُنَاوِلُهُ إِيَّاهُ. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Abdurrahman Auf bin Malik Al-Asyja'i radhiyallahu anhu dia berkata, Tatkala kami bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dimana ketika itu kami berjumlah sembilan atau lapan atau tujuh orang, maka Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, Tidakkah kalian mahu berbai'at kepada Rasulullah? Saat itu kami baru masuk Islam. 

Kami pun menjawab, “Kami telah berbai'at kepada engkau wahai Rasulullah.”

Lalu baginda bersabda lagi, “Tidakkah kalian mahu berbai'at kepada Rasulullah?

Maka kami segera mengulurkan tangan sambil berkata, “Kami telah berbai'at kepada engkau wahai Rasulullah, maka atas dasar apakah kami berbai'at lagi?”

Baginda menjawab, “Menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun, shalat lima waktu dan taat (kepada Allah dan Rasul-Nya).

Kemudian baginda merendahkan suara sambil bersabda, “Dan jangan meminta-minta sesuatu apa pun kepada  orang.Sungguh aku telah melihat salah seorang dari mereka, tatkala tongkatnya terjatuh dia tidak meminta orang lain untuk mengambilkannya.

[Shahih Muslim no. 1043]

Hadits 528.
وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « لَا تَزَالُ الْمَسْأَلَةُ بِأَحَدِكُمْ حَتَّى يَلْقِىَ اللهَ تَعَالَى وَلَيْسَ فِي وَجْهِهِ مُزْعَةُ لَحْمٍ. » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhuma bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Seseorang yang terbiasa meminta-minta nanti akan menemui Allah dan tidak ada sekerat daging pun di wajahnya.

[Shahih Al-Bukhari no. 1474. Muslim no. 1040]

Hadits 529.
وَعَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَهُوَ عَلَى الْمِنْبَرِ، وَذَكَرَ الصَّدَقَةَ وَالتَّعَفُّفَ عَنِ الْمَسْأَلَةِ: « اْليَدُ الْعُلْيَا خَيْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلى » وَاْليَدُ اْلعُلْيَا هِيَ الْمُنْفِقةُ، وَالسُّفْلَى هِيَ السَّائِلَةُ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu dia berkata, “Bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam berkhubah di atas mimbar dan menyebut tentang sedekah, lalu baginda bersabda,

Tangan yang di atas lebih mulia daripada tangan yang di bawah. Tangan yang di atas ialah tangan yang sedekah, sedangkan tangan yang di bawah ialah tangan yang meminta.

[Shahih Bukhari no. 1429. Muslim no. 1033]

Hadits 530.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ سَأَلَ النَّاسَ تَكَثُّرًا فَإِنَّمَا يَسْأَلُ جَمْرًا، فَلْيَسْتَقِلَّ أَوْ لِيَسْتَكْثِرْ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Barangsiapa meminta-minta kepada orang lain untuk memperbanyakkan hartanya, maka sesungguhnya dia meminta bara api, sehingga terpulanglah kepadanya sama ada cukup dengan sedikit sahaja atau memperbanyaknya siksaan.

[Shahih Muslim no. 1041]

Hadits 531.
وَعَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « إِنَّ الْمَسْأَلَةَ كَدُّ يَكُدُّ بَهَا الرَّجُلُ وَجْهَهُ، إِلَّا أَنْ يَسْأَلَ الرَّجُلُ سُلْطَانًا أَوْ فِي أَمْرٍ لَابُدَّ مِنْهُ » رَوَاهُ التَّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ.
Daripada Samurah bin Jundad radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya meminta-minta itu adalah cacat dengannya seseorang telah menoreh wajahnya sendiri, kecuali jika minta kepada pemerintah atau meminta sesuatu yang sangat mendesak.”

[HR. At- Tirmidzi no. 681, dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmidzi no. 548]

Hadits 532.
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ فَأَنْزَلَهَا بِالنَّاسِ لَمْ تُسَدَّ فَاقَتُهُ، وَمَنْ أَنْزَلَهَا بِاللَّهِ، فَيُوشِكُ اللَّهُ لَهُ بِرِزقٍ عَاجِلٍ أَوْ آجِلٍ » رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ، وَالتَّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيْثٌ حَسَنٌ.
Daripada Ibnu Mas'ub radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Barangsiapa yang tertimpa kekurangan, kemudian dia mengadukannya kepada sesama manusia, maka kekurangannya tidak akan tertutup. Tetapi barangsiapa yang mengadukannya kepada Allah, Maka Allah akan segera memberikan kepadanya rezeki dengan cepat ataupun lambat.

[HR. At-Tirmidzi no. 2326. Abu Dawud no. 1645, dinilai sahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Abu Dawud no. 1448 dan Shahih Al-Jami' no. 6040]

Hadits 533.
وَعَنْ ثَوْبَانَ رَضيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَنْ تَكَفَّلَ لِي أَنْ لَا يَسْأَلَ النَّاسَ شَيْئًا، وَأَتَكَفَّلُ لَهُ بِالْجَنَّة؟ » فَقُلْتُ: أَنَا، فَكَانَ لَا يَسْأَلُ أَحَدًا شَيْئًا، رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ بِإِسْنَادٍ صَحِيْحٍ.
Daripada Tsauban radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Siapakah yang siap berjanji kepadaku untuk tidak meminta-minta apa pun dari orang lain dan aku akan jamin baginya surga?”

Jawab Tsauban, “Aku.” Maka ia pun tidak pernah meminta-minta sesuatu pun dari siapa pun.

[HR. Abu Dawud no. 1643, dinilai Sahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih Abu Dawud no. 1446]

Hadits 534.
وَعَنْ أَبِي بِشْرٍ قَبِيْصَةَ بْنِ الْمُخَارِقِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: تَحَمَّلْتُ حَمَالَةً فَأَتَيْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْأَلُهُ فِيْهَا، فَقَالَ: « أَقِمْ حَتَّى تَأْتِيْنَا الصَّدَقَةُ فَنَأْمُرَ لَكَ بِهَا » ثُمَّ قَالَ: « يَا قَبِيْصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لَا تَحِلُّ إِلاَّ لِأَحَدِ ثَلَاثَةٍ: رَجُلٌ تَحَمَّلَ حَمَالَةً، فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيْبَهَا، ثُمَّ يُمْسِكُ. وَرَجُلٌ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ، فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيْبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ، أَوْ قَالَ: سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ، وَرَجُلٌ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ، حَتَّى يَقُوْلَ ثَلَاثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَى مِنْ قَوْمِهِ: لَقَدْ أَصَابَتْ فُلَانًا فَاقَةٌ، فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلةُ حَتَّى يُصِيْبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ، أَوْ قَالَ: سِدادًا مِنْ عَيْشٍ. فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيْصَةُ سُحْتٌ، يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Bisyr bin Qabishah bin Al-Mukhariq radhiyallahu anhu dia berkata, “Aku mempunyai tanggungan yang sangat berat, maka aku pergi berjumpa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk meminta bantuannya meringankan beban itu. Kemudian Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam berkata, “Tunggulah sampai ada orang yang menyerahkan zakat kepada kita, nanti aku akan menyuruh supaya diberikan kepada kamu juga.” Kemudian Rasulullah shallallahu'alaihi wa sallam bersabda,

Wahai Qabishah, meminta-minta itu tidak dibenarkan kecuali bagi seseorang yang memiliki salah satu daripada tiga sebab. Pertama, seseorang yang menanggung beban yang amat berat, maka dibenarkan meminta-minta sehingga dapat meringankan bebannya, kemudian dia menahan dirinya untuk tidak meminta-minta lagi. Kedua, seseorang yang tertimpa musibah dan tidak memiliki sebarang harta, maka dia boleh meminta-minta sehingga dia mampu meneruskan kehidupannya kembali sedia kala, dan yang ketiga seseorang yang sangat miskin, sehingga ada tiga orang yang bijaksana di antara kaumnya mengatakan, Si fulan itu benar-benar miskin.Maka dia dibolehkan meminta-minta, sehingga cukup keperluan hidupnya. Wahai Qabishah, meminta-minta selain disebabkan tiga hal tadi, adalah usaha yang haram dan orang yang memakannya bererti dia memakan barang haram.

[Shahih Muslim no. 1044]

Hadits 535.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « لَيْسِ الْمِسْكِينُ الَّذِي يَطُوفُ عَلَى النَّاسِ تَرُدُّهُ اللُّقْمَةُ وَاللُّقْمَتَانِ، وَالتَّمْرَةُ وَالتَّمْرَتَانِ، وَلَكِنَّ الْمِسْكِينَ الَّذِي لَا يَجِدُ غِنًى يُغنِيهِ، وَلاَ يُفْطَنُ لَهُ، فَيُتَصَدَّقَ عَلَيْهِ، وَلَا يَقُومُ فَيَسْأَلَ النَّاسَ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Yang dikatakan miskin itu bukanlah orang yang meminta-minta kepada manusia lalu diusir apabila dia meminta sebiji ataupun dua biji kurma. Akan tetapi yang dikatakan miskin adalah orang yang tidak meminta-minta kepada seseorang untuk memenuhi keperluannya, atau yang keadaannya tidak diketahui orang sehingga ada yang memberinya sedekah kepadanya atau orang yang tidak pergi meminta-minta kepada manusia.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1479. Muslim no. 1039]

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 78. Perintah Bagi Para Penguasa Untuk Bersikap Lembut Dan Kasih Sayang Terhadap Rakyat Serta Larangan Menipu Rakyat Atau Berlaku Keras Terhadap Mereka Juga Mengabaikan Keperluan mereka.

  Allah ﷻ berfirman : ۞وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ۞ “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang beriman...