Allah ﷻ berfirman:
۞وَإِذٔ قَالَ مُوسَىٰ لِفَتَٰهُ لَاَ أَبْرَحُ حَتَّىٰ أَبْلغَ مَجْمَعَ الْبَحرَيْنِ أَوْ أمْضِيَ حُقُبََا۞
“Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada pembantunya, “Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun.” Sampai firman-Nya,
۞قَالَ لَهُ مُوسَىٰ هَلْ أَتَّبِعُكَ عَلَىٰٓ أَنْ تُعَلّمَنِ مِمَّا عُلِِّمْتُ رُشْدََا۞
Musa berkata kepadanya, “Bolehkah aku mengikutimu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?”
(QS. Al-Kahf: 18: 60-66).
۞وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ بِالْغَدَوٰةِ وَالْعَشِيَ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ۞
“Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharapkan keridhaan-Nya.”
(QS. Al-Kahf: 18: 28)
Penjelasan.
Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bab “Mengunjungi orang shalih, mencintai, bergaul, meminta dikunjungi oleh mereka.”
Orang shalih adalah orang-orang yang berilmu, beriman dan berbuat kebaikan. Mencintai mereka hukumnya wajib kerana termasuk ikatan keimanan yang kuat, yaitu mencintai dan membenci seseorang kerana Allah. Apabila kecintaan seseorang itu mengikuti kecintaannya kerana Allah dan bencinya juga mengikuti kebenciannya kerana Allah, maka orang inilah yang akan mendapatkan pertolongan dari Allah Ta'ala.
Jika anda berkumpul dengan orang yang shalih, maka anda akan terbawa shalih, kerana Nabi shallallahu alaihi wa sallam menganalogikan berkumpul dengan orang yang shalih itu seperti orang yang membawa minyak wangi. Bisa jadi ia akan memberimu, menjualnya kepadamu atau minimal anda akan mendapatkan aroma harum darinya.
Begitu juga hendaknya anda memintanya untuk mengunjungimu kerana kedatangannya akan membawa kebaikan.
Selanjutnya Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan Kisah Nabi Musa alaihissalam bersama Nabi Khidir alaihissalam, Nabi Musa berkata kepada pembantunya, “Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah lautan, atau, “Aku akan berjalan sampai bertahun-tahun.” Kerana Allah memberitahukannya bahwa ada seorang hamba Allah yang diberi rahmat dan ilmu langsung dari-Nya, maka Nabi Musa pun pergi mencari orang ini hingga ia bertemu dengannya. Allah Ta'ala menyebutkan kisah ini dalam surat Al-Khafi secara pangjang lebar. Insya Allah akan kita bahas.
Hadits no. 359.
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ أبُو بَكْرِِ لِعُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا بَعْدَ وَفَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: انْطَلِقْ بِنَا إِلى أُمِِّ أَيْمنَ رضي اللَّه عنها نَزُورُهَا كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا، فَلَمَّا انْتَهَيا إِلَيْهَا، بَكَتْ، فَقَالاَ لَهَا: مَا يُبْكِيكِ أَمَا تَعْلَمِينَ أَنَّ مَا عِنْدَ اللَّهِ خَيْرٌ لِرسُولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟ فَقَالَتْ: إِنِِّي لَا أَبْكِي أَنِِّي لاَ أَعْلَمُ أَنَّ مَا عِندَ اللَّهِ تَعَالَى خَيرٌ لِرسُولِ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَـِكنْ أبْكِي أَنَّ الْوَحْيَ قَدِ انْقَطَعَ مِنَ السَّمَاءِ .فَهَيَّجَتْهُمَا عَلَى الْبُكَاءِ، فَجَعَلاَ يَبْكِيانِ مَعَهَا.رَوَاهُ مُسْلِمُ.
Daripada Anas radhiyallahu anhu dia berkata, “Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar, “Ikutlah kami menuju ke rumah Ummu Aiman untuk mengunjunginya sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam selalu menziarahinya.” Dan ketika kami telah sampai di tempatnya, Ummu Aiman pun menangis. Lalu mereka berdua berkata kepadanya, “Kenapa engkau menangis, bukankah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi Rasul-Nya?”
Dia menjawab, “Bukanlah aku menangis kerana aku tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi Rasul-Nya, akan tetapi aku menangis kerana dengan wafatnya Rasulullah berarti wahyu dari langit telah terputus.” Ummu Aiman pun membuat mereka berdua bersedih dan akhirnya mereka berdua pun menangis bersama.”
[Shahih Muslim no. 2454]
Hadits no. 360.
وَعَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِي اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « أَنَّ رَجُلاً زَارَ أَخََا لَهُ فِي قَريَةٍ أُخْرَى، فَأَرْصَدَ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى مَدْرجَتِهِ مَلَكاً، فَلَمَّا أَتَى عَلَيْهِ قَالَ: أَيْنَ تُريدُ؟ قَالَ: أُرِيدُ أَخََا لِي فِي هَذِهِ الْقَرْيةِ. قَالَ: هَلْ لَكَ عَلَيْهِ مِنْ نِعْمَةٍ تَرُبُّهَا عَلَيْهِ؟ قَالَ: لَا، غَيْر أَنِّي أَحْببْتُهُ فِي اللَّهِ تَعَالَى، قَالَ: فَإِنِّي رَسُولُ إِللَّهِ إِلَيْكَ بأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحبَّكَ كَمَا أَحْببْتَهُ فِيهِ »رَوَاهُ مُسْلِمُ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa pada suatu ketika ada seorang lelaki yang menziarahi saudaranya di kampung lain. Kemudian Allah Ta'ala mengutuskan seorang malaikat untuk menemui lelaki tersebut. Ketika lelaki itu di pertengahan jalan ke tempat yang di tuju, maka malaikat tersebut bertanya, “Hendak ke manakah kamu?”
Lelaki itu menjawab, “Aku mahu menziarahi saudara aku yang berada di kampung ini.”
Malaikat itu terus bertanya lagi, “Apakah kamu mempunyai satu perkara yang menguntungkan dengannya?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan aku hanya mencintainya kerana Allah.”
Akhirnya malaikat itu berkata, “Maka sesungguhnya aku ini adalah malaikat utusan Allah yang diutus untuk memberitahu kamu bahwa Allah sentiasa mencintaimu sebagaimana kamu mencintai saudaramu kerana Allah.”
[Shahih Muslim no. 2567]
Hadits no. 361.
قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : « مَنْ عَادَ مَريضاً أَوْ زَار أَخََا لَهُ فِي اللَّهِ، نَادَاهُ مُنَادٍ: بِأَنْ طِبْتَ، وَطَابَ مَمْشَاكَ، وَتَبَوَّأْتَ مِنَ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً » رَوَاهُ التٌِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ. وَفِي بَعْضِ النُّسَخِ غَرِيبٌ .
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya semata-mata kerana Allah ,nescaya akan ada penyeru (malaikat) yang berseru kepadanya, “Engkau telah berbuat kebaikan dan baik pula perjalananmu serta engkau telah tinggal di sebuah tempat di surga.”
[HR. At-Tirmidzi dalam Al-Jami no. 2008, Ibnu Majah no. 1443. Ibnu Hibban dalam Sahihnya no. 712, dalam Sahihul Jami no. 6387 dinilai Hassan oleh Syaikh Al-Albani dalam Misykaatul Mashaabih no. 5015]
Hadits no. 362.
وَعَنْ أبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنٌَ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « إِنَّما مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِـحِ وَجَلِيسِ السُّوءِ . كَحَامِلِ المِسْكِ، وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ، إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحََا طَيِّبةً. وَنَافِخُِ الْكِْيرِ إِمَّا أَنْ يَحْرِقَ ثِيَابَكَ وَامَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحََا مُنْتِنَةََ » مُتَّفَقُ عَلَيْهِ. وَعَنْ أبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنٌَ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « إِنَّما مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِـحِ وَجَلِيسِ السُّوءِ . كَحَامِلِ المِسْكِ، وَنَافِخِ الْكِيرِ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ، إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحََا طَيِّبةً. وَنَافِخُِ الْكِْيرِ إِمَّا أَنْ يَحْرِقَ ثِيَابَكَ وَامَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحََا مُنْتِنَةََ » مُتَّفَقُ عَلَيْهِ.
Daripada Abu Musa Al-Asy’ri radhiyallahu anhu, dia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Sesungguhnya perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan tukang besi. Seorang penjual minyak wangi adakalanya memberikan minyak wangi kepada kamu dan terkadang kamu membelinya atau setidaknya kamu dapat mencium semerbak haruman minyak wangi itu. Sementara tukang besi adakalanya dia akan membakar pakaian kamu ataupun kamu akan mencium bau yang tidak sedap daripadanya.”
[Shahih Al-Bukhari no. 2102,5534 dan Muslim no. 2628]
Penjelasan.
Hadits-hadits ini menjelaskan keutamaan saling mengunjungi antara sesama saudara muslim dan saling mencintai kerana Allah Ta'ala. Hadits pertama menjelaskan sebuah kisah dua orang sahabat radhiyallahu anhuma yang mengunjungi seorang wanita yang dikunjungi oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam semada hidupnya. Keduanya mengunjunginya kerana mengikuti jejak Nabinya, ketika keduanya duduk wanita itu menangis dan kedunya bertanya, “Apa yang menyebabkan anda menangis?” Bukankah apa yang di sisi Allah itu lebih baik untuk Rasulullah?” Yaitu lebih baik dari dunia beserta isinya.
Ia menjawab, “Aku menagis bukan kerana itu, tetapi kerana wahyu telah terputus.” Kerana setelah Nabi shallallahu alaihi wa sallam wafat terputuslah wahyu, tidak ada wahyu setelah Nabi shallallahu alaihi wa sallam. Oleh kerana itu, Allah Ta'ala menyempurnakan syariat-Nya menjelang wafatnya dengan firman-Nya,
“Pada hari ini telah Aku sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku ridhai Islam sebagai agamamu.”
(QS. Al-Mâ'idah: 5: 3)
Kemudian keduanya mulai menangis, kerana wanita itu telah mengingatkan apa yang telah dilupakan keduanya.
Di dalam hadits yang lain terdapat keutamaan berkunjung kerana Allah Ta'ala, Allah akan memberi pahala kepada setiap muslim yang mengunjungi atau menjenguk saudaranya yang sakit, maka dikatakan kepadanya, “Engkau telah berbuat kebaikan dan baik pula perjalananmu.” Berita gembira ini diberikan kepada orang yang mengunjungi saudaranya bukan kerana tujuan duniawi tetapi disebabkan kecintaannya kerana Allah.
Dalam berkunjung ini terdapat beberapa faedah, di antaranya adalah mendapatkan pahala yang sangat besar ini, melembutkan hati, menyatukan orang-orang, mengingatkan saudara yang lupa dan lengah, mengajarkan orang yang belum tahu, dan banyak terdapat kemaslahatan bagi yang menunaikannya. Begitu juga menjenguk orang yang sakit terdapat beberapa faedah dan manfaatnya. Sebagaimana yang telah kita bahas, tentang hak sesama muslim, menjenguk saudaranya yang sakit, mengingatkan kerana Allah dengan taubat, saling berpesan dalam kebaikan, dan sebagainya yang berupa kemanfaatan.
Hadits-hadits ini dan yang senada dengannya menunjukkan bahwa hendaknya setiap orang melakukan sesuatu yang mengandung kasih sayang dan kecintaan untuk saudaranya, seperti berkunjung, menjenguk berkumpul dan selainnya.
Hadits no. 363.
وَعَنْ أبِي هُرَيْرَة رَضَيِ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبيّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « تُنْكَحُ المَرْأَةُ لأَرْبعٍ: لِمَالِهَا، وَلِحَسَبِهَا، وَلِجَمَالِهَا، وَلِدِينِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ » مُتَّفقٌ عَلَيْه.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Nikahilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunanya, kecantikan dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, niscaya engkau akan beruntung.”
[Shahih Al-Bukhari no. 5090 dan Muslim no. 1466]
Hadits no. 364.
وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضَيِ اللَّهُ عَنْهمَا قَالَ: قَالَ النَّبيّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِجِبْرِيلَ: « مَا يَمْنَعُكَ أَنْ تَزُورَنَا أَكْثَرَ مِمَّا تَزُوُرَنَا؟ » فَنَزَلَتْ: { وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلاَّ بِأَمْرِ رَبِّكَ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَما خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذلِكَ } رَوَاهُ الْبُخَارِيَّ.
Daripada Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya kepada Jibril, “Apa yang menghalangimu untuk lebih sering mengunjungi kami?”
Maka turunlah ayat, “Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali atas perintah Tuhanmu. Milik-Nya segala yang ada di hadapan kita, yang ada di belakang kita, dan segala yang ada di antara keduanya.”
(QS. Maryam: 19: 64)
[Shahih Al-Bukhari no. 5090]
Hadits no. 365.
وَعَنْ أبي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ رَضَيِ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ: « لَا تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِنََا، وَلَا يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ » . رَوَاهُ أبُو دَاوُدٕ، وَالِتٌرْمِذِيُّ بِإِسْنَادٍ لَا بَأْسَ بِهِ.
Daripada Abu Said Al-Khudri radhiyallahu anhu, dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Janganlah kamu berteman kecuali dengan orang yang beriman dan janganlah ada yang memakan makananmu kecuali orang bertakwa.”
[HR. Abu Dawud no. 4832. At-Tirmidzi no. 2395 dinilai Hasan oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahihul Jami no. 7341]
Hadits no. 366.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرةَ رَضَيِ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « الرَّجُلُ عَلَى دِينِ خَلِيلِهِ، فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكمْ مَنْ يُخَالِلُ » رَوَاهُ أبُو دَاوُدَ. وَالتِّرْمِذِيُّ بِاسْنَادِِ صَحِيح، وَقَالَ التِّرْمِذِيُّ: حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Seorang itu dinilai seperti kebiasaan sahabat karibnya. Oleh kerana itu, hendaknya setiap kalian memerhatikan dengan siapa ia bersahabat.”
[HR. Abu Dawud no. 4832, At-Tirmidzi Al-Jami no. 2378 dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam As-Sahihah no. 927]
Hadits no. 367.
وَعَنْ أَبِي مُوسَى الأَشْعَرِيِّ رَضَيِ اللَّهُ عَنْهّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « اَلمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ » . مُتٌفَقُ عَلَيْهِ وَفِي رِوَايَةِ قَالَ قِيلَ لِلنَّبِيَ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَلرَّجُلُ يُحِبُّ اَلقَوْمَ وَلَمَّا يَلْحَقُ بِهِم؟ قَالَ: « اَلْمَرْء مَعَ مَن أحَبَّ »
Daripada Abu Musa Al-Asy'ari radhiyallahu anhu dia berkata, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Seorang itu akan bersama dengan sesiapa yang dia dicintainya.”
[Shahih Al-Bukhari no. 6170 dan Muslim no. 2641]
Dalam riwayat lain di sebutkan bahwa ada seorang bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang orang yang mencintai suatu kaum, tetapi dia belum pernah bertemu dengan mereka, maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Seorang itu dia bersama-sama dengan orang yang dicintainya.”
Penjelasan.
Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan riwayat dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Nikahilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunanya, kecantikan dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama, niscaya engkau akan beruntung.”
Yaitu kebiasaan orang menikahi wanita itu kerana tujuan-tujuan yang empat ini, harta, agar suami bisa memanfaatkannya. Keturunan, mencari kabilah yang terpandang, agar status sang suami naik, Kecantikan, agar suami bisa bersenang-senang dengannya, Agama, agar dapat membantu suami dalam menunaikan syariat agamanya, memelihara amanat serta mendidik anak-anaknya.
Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Maka pilihlah yang beragama, niscaya engkau akan beruntung.” Yaitu berpeganglah kepada yang demikian dan berusaha untuk mendapatkan yang demikian. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menganjurkan dengan ungkapannya, “niscaya engkau akan beruntung.” Ungkapan ini sebagai motivasi seseorang untuk melakukan sesuatu.
Imam An-Nawawi juga menyebutkan hadits Jibril, bahwasanya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bertanya kepadanya, “Apa yang menghalangimu untuk lebih sering mengunjungi kami?” Maka turunlah ayat,
“Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali atas perintah Tuhanmu. Milik-Nya segala yang ada di hadapan kita, yang ada di belakang kita, dan segala yang ada di antara keduanya.” (QS. Maryam: 19: 64)
Hadits ini menganjurkan agar kamu meminta orang shalih untuk mengunjungi rumahmu untuk mengambil manfaat dari persabahatan yang baik ini.
Begitu juga hadits Abu Hurairah radhiyallahu anhu tentang bersahabat dengan wanita yang memiliki agama yang akan membantumu dalam menunaikan ketaatan kepada Allah Ta'ala.
Sebagaimana yang telah kita bahas bahwa permisalan teman yang shalih itu laksana orang yang membawa minyak wangi, mungkin akan memberikannya kepadamu, atau kamu membeli darinya atau minimal mendapatkan aromo yang wangi darinya.
Selanjutnya Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan hadits-hadits yang senada dengan hal ini. Seperti sebuah riwayat dari Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam, bahwa Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Seorang itu dinilai seperti kebiasaan sahabat karibnya. Oleh kerana itu, hendaknya setiap kalian memerhatikan dengan siapa ia bersahabat.” Bahwa agama dan akhlak seseorang itu dilihat berdasarkan orang yang menjadi sahabatnya. Jika seseorang bersahabat dengan yang baik maka ia akan menjadi sepertinya, sebaliknya jika ia memilih sahabat yang buruk lama-kelamaan ia akan sepertinya juga.
Kesimpulan dari hadits-hadits ini dan yang senada dengannya menunjukkan bahwa hendaknya setiap orang bersahabat dengan orang-orang yang baik, saling mengunjungi satu sama lain, meminta dikunjungi oleh mereka kerana dalam hal ini terdapat kebaikan dan faedah yang begitu besar.
Hadits no. 368.
وَعَنْ أَنَس رَضَيِ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ أَعْرَابِيَّا قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « مَا أَعْدَدْتَ لَهَا؟ » قَالَ: حُبَّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ قَالَ: « أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ » . مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ، وَهَذا لَفْظُ مُسْلمٍ.
Daripada Anas radhiyallahu anhu, bahwasanya ada seorang Arab Badwi bertanya kepada Rasululllah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Bilakah Hari Kiamat akan terjadi?”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bertanya semula, “Bekal apakah yang telah kamu siapkan untuk menghadapinya?”
Dia menjawab, “Mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Kamu akan bersama-sama dengan orang yang kamu cintai.”
[Shahih Al-Bukhari no. 3688, 6167,6171,7153 dan Muslim no. 2639]
Dalam riwayat Bukhari dan Muslim yang lain disebutkan (bahwa orang tersebut berkata), “Aku belum mempersiapkannya dengan banyak berpuasa, shalat atau sedekah tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya.”
Hadits no. 369.
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ رَضَيِ اللَّهِ عَنْهُ قَالَ: رَجُاُءَ رَجُلٌ إِلى رَسُولِ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ تَقُولُ في رَجُلٍ أَحبَّ قَوْماً وَلَمْ يلْحَقْ بِهِمْ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « اَلْمَرْءُ مَعَ مَنْ أَحَبَّ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu dia berkata, “Seseorang lelaki mendatangi kepada Rasululllah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan bertanya, “Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu tentang seseorang lelaki yang mencintai suatu kaum sedangkan dia tidak bersama dengan mereka?”
Rasululllah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Seseorang itu dia akan bersama, dengan sesiapa yang dicintainya.”
[Shahih Al-Bukhari no. 6169 dan Muslim no. 3640]
Hadits no. 370.
وَعَنْ أبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ الْنَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « النَّاسُ مَعَادِنُ كَمَعَادِنِ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ، خِيَارُهُمْ فِي الجَاهِلِيَّةِ خِيارُهُمْ في الإِسْلاَمِ إِذَا فَقهُوا. وَالأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجنَّدَةٌ، فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ، وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا، اِخْتَلَفَ » رَوَاهُ مُسْلِمُ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Manusia bagaikan tambang emas dan perak. Orang yang terbaik pada masa jahiliyyah adalah orang yang terbaik pula pada masa Islam, apabila mereka memahami syariat. Roh itu bagaikan pasukan yang berkelompok-kelompok.Roh yang saling mengenal akan berkumpul (bersatu) dan roh yang tidak mengenal akan berpisah.”
Dalam riwayat Al-Bukhari, “Roh-roh itu...” dari Aisyah radhiyallahu anha.
[Shahih Muslim no. 2638]
Hadits no. 371.
وَعَنْ أُسَيْرِ بْنِ عَمْرٍو وَيُقَالُ: ابْنُ جَابِرِِ وَهُوَ بِضَمّ الْهَمْزَةِ وَفَتْحِ السِّينِ الْمهملة قَالَ: كَانَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ إِذَا أَتَى عَلَيْه أَمْدَادُ أَهْلِ الْيَمَنِ سَأَلَهُمْ: أَفِيكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ؟ حَتَّى أَتَى عَلَى أُوَيْسِِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، فَقَالَ لَهُ: أَنْتَ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ مِنْ مُرَادٍ ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ؟ قَالَ: نَعَمْ، قَالَ: فَكَانَ بِكَ بَرَصٌ، فَبَرَأْتَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ: لَكَ وَالِدَةٌ؟ قَالَ: نَعَمْ. قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ، ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ كَانَ بِهِ بَرَصٌ، فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ، لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ، فَإِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ » فَاسْتَغْفِرْ لِي فَاسْتَغْفَرَ لَهُ. فَقَالَ لَهُ عُمَرُ أَيْنَ تُرِيدُ؟ قَالَ: الْكُوفَةَ، قَالَ: أَلَا أَكْتُبُ لَكَ إِلَى عَامِلِهَا؟ قَالَ: أَكُونُ فِي غَبْرَاءِ النَّاسِ أَحَبُّ إِلَيَّ، فَلَمَّا كَانَ مِنْ الْعَامِ الْمُقْبِلِ حَجَّ رَجُلٌ مِنْ أَشْرَافِهِمْ فَوَافى عُمَرَ، فَسَأَلَهُ عَنْ أُوَيْسٍ، فَقَالَ: تَرَكْتُهُ رَثَّ الْبَيْتِ قَلِيلَ الْمَتَاعِ، قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ « يَأْتِي عَلَيْكُمْ أُوَيْسُ بْنُ عَامِرٍ مَعَ أَمْدَادِِ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ مِنْ مُرَادٍ، ثُمَّ مِنْ قَرَنٍ، كَانَ بِهِ بَرَصٌ فَبَرَأَ مِنْهُ إِلَّا مَوْضِعَ دِرْهَمٍ، لَهُ وَالِدَةٌ هُوَ بِهَا بَرٌّ لَوْ أَقْسَمَ عَلَى اللَّهِ لَأَبَرَّهُ، فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَنْ يَسْتَغْفِرَ لَكَ فَافْعَلْ» فَأَتَى أُوَيْسًا، فَقَالَ: اِسْتَغْفِرْ لِي، قَالَ: أَنْتَ أَحْدَثُ عَهْدًا بِسَفَرٍ صَالِحٍ، فَاسْتَغْفِرْ لِي، قَالَ: لَقِيتَ عُمَرَ؟ فَالَ: نَعَمْ. فَا سْتَغَرَ لَهُ، فَفَطِنَ لَهُ النَّاسُ، فَانْطَلَقَ عَلَى وَجْهِهِ. رَوَاهُ مُسْلِمُ.
Daripada Usair (dengan dhammahnya hamzah dan fatahnya sin yang tidak bertitik) bin Amr, ada juga yang menyebut Ibnu Jabir, Dia berkata bahwa ketika Umar bin Khattab radhiyallahu anhu di datangi oleh rombongan orang-orang Yaman, dia selalu bertanya kepada mereka, “Apakah Uwais bin Amir ada dalam rombongan kamu semua?”
Sehingga pada suatu hari, Amirul Mukminin Umar bin Khattab bertemu dengan Uwais seraya bertanya, “Apakah kamu Uwais bin Amir?”
Uwais menjawab, “Ya, benar, aku Uwais.”
Umar bertanya lagi, “Kamu berasal dari Murad dan kemudian dari Qaran?”
Uwais menjawab, “Ya, benar.”
Selanjutnya Umar bertanya lagi, “Apakah kamu pernah diserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar mata wang dirham pada dirimu?”
Uwais menjawab, “Ya, benar.”
Umar bertanya lagi, “Apakah ibumu masih ada?”
Uwais menjawab, “Ya ibuku masih ada.”
Umar berkata, “Wahai Uwais, sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Akan datang seseorang bernama Uwais bin Amir kepada kamu semua bersama rombongan orang-orang Yaman yang berasal dari Murad kemudian dari Qaran. Dia pernah diserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar dari duit siling dirham. Ibunya masih hidup dan dia selalu berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah maka akan di kabulkan sumpahnya itu, maka jika kamu dapat memohon agar dia memohonkan keampunan untuk kamu, lakukanlah!” Oleh kerana itu wahai Uwais, mohonlah keampunan untukku!”
Lalu Uwais memohon keampunan untuk Umar bin Khattab. Setelah itu, Umar bertanya lagi kepada Uwais, “Kamu hendak pergi ke mana wahai Uwais?”
Uwais bin Amir menjawab, “Aku hendak pergi ke Kufah wahai Amirul Mukminin.”
Umar bertanya lagi, “Apakah aku perlu membuat surat khusus kepada pejabat di Kufah?”
Uwais bin Amir menjawab, “Aku lebih senang berada bersama rakyat jelata ya Amirul Mukminin.”
Pada tahun berikutnya, seorang pegawai tinggi di Kufah pergi melaksanakan ibadah haji ke Makkah. Selepas selesai melaksanakan ibadah haji, pengawai ini pergi menziarahi Umar bin Khattab. Lalu Umar bertanyakan mengenai Uwais. Pegawai itu menjawab, “Aku membiarkan Uwais tinggal di rumah lama dan hidup dalam keadaan yang sangat sederhana.”
Umar bin Khattab berkata, “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Uwais bin Amir akan datang kepada kamu semua bersama rombongan orang-orang Yaman yang berasal dari Murad kemudian dari Qaran. Dia pernah diserang penyakit kusta lalu sembuh kecuali tinggal sebesar dari duit siling dirham. Ibunya masih hidup dan dia selalu berbakti kepadanya. Kalau dia bersumpah atas nama Allah maka akan di kabulkan sumpahnya itu, maka jika kamu dapat memohon agar dia memohonkan keampunan untuk kamu, maka laksanakanlah!”
Setelah itu pegawai yang berada di Kufah terus menemui Uwais bib Amir berkata kepadanya, “Wahai Uwais, mohonlah keampunan untukku!”
Uwais bin Amir dengan perasaan hairan menjawab, “Bukankah engkau baru saja pulang daripada ibadah haji di Makkah? Maka seharusnya engkau yang memohon keampunan untukku.”
Pegawai tersebut tetap berkeras dan berkata, “Mohonlah keampunan untukku wahai Uwais!”
Uwais kembali bertanya kepada pegawai itu, “Adakah engkau telah bertemu dengan Amirul Mukminin Umar bin Khattab di Madinah?”
Pegawai itu menjawab, “Ya aku bertemu dengannya.”
Akhirnya Uwais pun memohon keampunan untuk pegawai tersebut. Setelah itu orang-orang mula mengenalinya dan meminta agar dia memohon keampunan buat mereka. Keadaan ini menyebabkan Uwais pergi untuk menyendiri.
[Shahih Muslim no. 2542]
وَفِي رِوَايَهِِ لِمُسْلِمِِ أَيْضَا عَنْ أَسَيْرِ بْنْ جَا بِرِِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: أَنَّ أَهْلَ الْكُو فَةَ وَفَدُوا عَلَى عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، وَفِيهِمْ رَجُلُ مِمَّنْ كَانَ يَسْخَرُ بِأُوَيْسِِ، فَقَالَ عُمَرُ: هَلْ هَاهُنَا أَحَدُ مِنَ الْقَرَنِيِينَ؟ فَجَاءَ ذَلِكَ الَّرجُلُ، فَقَالَ عُمَرُ: إِنٌَ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ قَالَ: « إنَّ رَجُلاََ يَأْتِيكُمْ مِنَ الْيَمَنِ يُقَالُ لَهُ: أُ وَيْسُ، لَا يَدَعُ بٌا لْيَمَنِ غَيْرَ أَمِِّ لَهُ، قَدْ كَانَ بِهِ بَيَاضُ فَدَعَا الله تَعَالَى، فَأَ ذْهَبَهُ إلاَّ مَوضِعَ الدِّ ينَارِ أَوِ الدِّرْهَمِ، فَمَنْ لَقِيَهُ مِنْهُ مِنْكُمْ، فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ ».
وَفيِ رِوَيَةِِ لَهُ عَنْ عُمَرَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ فَالَ: إنِّي سَمِْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: « إِنَّ خَيْرَ التَّا بِعِينَ رَجُلُ يُقَالُ لَهُ: أَوَيْسُ، وَلَهُ وَالِدَةُ وَكَانَ بِهِ بَيَا ضُ، فَمُرُوهُ، فَلْيَسْتَغْفِرْ لَكُمْ ».
Dalam riwayat Imam Muslim yang lain di sebutkan daripada Usair bin Jabir radhiyallahu anhu dia berkata, bahwa penduduk Kufah mengutus suatu rombongan untuk mengadap Amirul Mukminin Umar bin Khattab radhiyallahu anhu. Di antara mereka ada seorang yang mengejek Uwais, kemudian Umar bertanya, “Apakah di sini ada seorang yang berasal dari Qaran?”
Maka Uwais mendekatinya, dan Umar berkata bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Nanti akan kedatangan seseorang dari Yaman yang bernama Uwais, dia tidak meninggalkan apa-apa di Yaman selain ibu yang ditaatinya. Lelaki ini berpenyakit kusta. Setelah Allah menyembuhkannya kecuali bekas sebesar dinar atau dirham. Barangsiapa diantara bertemu dengannya, mintalah agar dia memohonkan ampun buat kalian.”
[Shahih Muslim no. 2542]
Dalam riwayat yang lain disebutkan daripada Umar radhiyallahu anhu, dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik tabi'in adalah seseorang yang bernama Uwais, dia mempunyai ibu dan pernah mengidap penyakit kusta, maka kamu mintalah kepadanya agar memohon keampunan Allah buat kamu semua.”
[Shahih Muslim no. 2542]
Hadits no. 372
وَعَنْ عُمَرَ بْنِ الْخطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: اِسْتَأْذَنْتُ النَّبِيَّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْعُمْرَةِ، فَأَذِنَ لِي، وَقَالَ: « لَا تَنْسَنَا يَا أَخَيَّ مِنْ دُعَائِكَ » فَقَالَ كَلِمَةً مَا يَسُرُّنِي أَنَّ لِي بِهَا الـدُّنْيَا. وَفِي رِوَايَةٍ قَالَ: « أَشْرِكْنَا يَا أخَيَّ فِي دُعَائِكَ ». حَدِيثٌ صَحِيحٌ رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالتَرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
Daripada Umar bin Khattab radhiyallahu anhu dia berkata,
“Aku minta izin kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk melaksanakan umrah, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengizinkanku, seraya bersabda, “Wahai saudaraku, janganlah lupakan kami dari doamu.”
Umar bin Khattab berkata, “Itu adalah suatu ungkapan yang sangat mengembirakanku, bahwa ungkapan itu lebih berharga bagiku daripada dunia.”
Dalam riwayat lain di sebutkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Wahai saudaraku, sertakan kami dalam doamu.”
[HR. Abu Dawud no. 1498, At-Tirmidzi no. 3562 dinilai Dhaif oleh Syaikh Al-Albani dalam Dhaif Abu Dawud no. 322 dan Misykatul Mashabih no. 2248]
Hadits no. 372.
وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهمُا قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُ قُبَاءَ رَاكِبََا وَماشِيََا، فَيُصَلِِّي فِيهِ رَكْعتَيْنِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhu dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sering menziarahi masjid Quba, sama ada menaiki kendaraan tunggangan, mahupun berjalan kaki, kemudian di sana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam shalat dua rakaat.”
[Shahih Al-Bukhari no. 1194 dan Muslim no. 1399]
Dalam riwayat lain disebutkan, “Setiap hari sabtu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam datang menziarahi masjid Quba, baik kendaraan tunggangan mahupun berjalan, dan Ibnu Umar juga melakukan seperti itu.”
[Shahih Al-Bukhari no. 1193 dan Muslim no. 1399]
Penjelasan.
Hadits-hadits ini masih berkaitan dengan bab yang telah disebutkan oleh Imam An-Nawawi, yaitu hendaknya memuliakan dan menghormati para ulama, bersahabat dengan orang-orang shalih, mengunjungi dan mengundang mereka untuk mengunjungi kita, dan sebagainya.
Dalam hadits yang pertama, dari Anas bin Malik radhiyallahu anhu disebutkan bahwasanya seorang Arab badwi bertanya kepada Rasulullah shalallahu alaihi wa sallam, “Wahai Rasulullah bilakah terjadinya Kiamat?” Nabi shallallahu alaihi wa sallam bertanya, “Apa yang anda persiapkan untuk menghadapinya.” Ia menjawab, “Cintai Allah dan Rasul-Nya?”
Hadits ini menunjukkan tidak diperbolehkannya seseorang bertanya tentang bilakah akan mati dan di mana ia akan mati, tetapi yang harus dipikirkan adalah dalam kondisi seperti apa ia akan mati, husnul khatimah atau su'ul khatimah?
Oleh kerana itu, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Apa yang anda persiapkan untuk menghadapinya.” Maksudnya jangan bertanya hal itu, kerana hal itu pasti akan datang. Kemudian Allah Ta'ala berfirman,
“Manusia bertanya kepadamu (Muhammad) tentang hari Kiamat. Katakanlah, “Ilmu tentang hari kiamat itu hanya di sisi Allah, dan tahukah engkau, boleh jadi hari kiamat itu sudah dekat waktunya.”
(QS. Al-Ahzab: 33: 63)
“Dan tahukah kamu, boleh jadi hari Kiamat itu sudah dekat.” (QS. Asy-Syûrâ: 42: 17)
Tetapi pertanyaannya adalah apa yang telah anda persiapkan untuk menghadapinya, apa yang telah anda lakukan? Apakah anda telah bertaubat kepada Tuhan anda dari segala perbuatan dosa? Inilah yang terpenting.
Begitu juga hadits Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu yang disebutkan setelahnya tentang keutamaan mencintai Allah dan Rasul-Nya. Bahwasanya seseorang yang mencintai suatu kaum, maka ia termasuk bagian darinya. Sebagaimana sabda Nabi shallallahu alaihi wa sallam, “Seseorang itu bersama orang yang dicintainya.”
Adapun hadits Umar bin Al-Khaththab radhiyallahu anhu, ketika ingin menunaikan ibadah umrah, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda kepadanya, “Jangan lupa untuk mendoakan kami, atau sertakan kami dalam doamu.” Hadits ini dhaif walaupun Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan hadits ini shahih, kerana Imam An-Nawawi memiliki kaidah yang memperbolehkan mengamalkan hadits dhaif dalam fadhilah amal (keutamaan amal), ia mempermudahkan hukum dan mengamalkannya.
Semoga pendapatnya ini muncul dari niat yang baik. Tetapi kewajiban setiap orang adalah mengikuti yang benar, hadits shahih tetap shahih dan dhaif tetap dhaif. Fadhilah amal dapat diambil tanpa harus menshahihkan hadits-hadits dhaif.
Benar, Nabi shallallahu alaihi wa sallam memerintahkan setiap orang yang bertemu dengan Uwais Al-Qarni atau Al-Qarani untuk meminta doa darinya. Tetapi hal ini khusus untuknya, kerana ia seorang yang sangat berbakti kepada ibunya. Dan Allah hendak mengangkatnya di dunia sebelum meraih pahala kelak di akhirat.
Oleh kerana itu, Nabi shallallahu alaihi wa sallam tidak memerintahkan setiap orang untuk meminta doa. Padahal ada orang yang lebih utama dari Uwais, yakni Abu Bakar radhiyallahu anhu tentu lebih utama dari Uwais atau sahabat lainnya dari sisi persahabatannya dengan Nabi shallallahu alaihi wa sallam, tetapi Nabi shallallahu alaihi wa sallam tidak memerintahkan untuk meminta doa dari mereka.
Pendapat yang benar adalah tidak dibenarkan seseorang meminta doa kepada orang lain, walaupun kepada seorang yang shalih sekalipun, kerana tidak pernah dicontohkan oleh Nabi shallallahu alaihi wa sallam atau para Khulafaur Rasyidin setelahnya. Berbeda jika meminta doa yang sifatnya umum, yakni meminta kepada orang yang shalih agar mendoakan dengan doa untuk bersama. Contohnya meminta kepadanya agar berdoa kepada Allah Ta'ala untuk menurunkan hujan, mengangkat musibah yang menimpa masyarakat dan sebagainya. Hal ini tidaklah mengapa, kerana bertujuan untuk kemaslahatan orang lain, sebagaimana anda meminta harta benda kepada orang lain untuk kebutuhan orang-orang fakir, anda tidaklah tercela dengan melakukannya.
Begitu juga permintaan para sahabat radhiyallahu anhu kepada Nabi shallallahu alaihi wa sallam adalah khusus untuknya, mereka memintanya agar Nabi shallallahu alaihi wa sallam berdoa kepada Allah untuk mereka. Sebagaimana ketika Nabi shallallahu alaihi wa sallam berbicara tentang 70 ribu orang yang masuk surga tanpa dihisap dan siksaan, kemudian seorang sahabat yang bernama Ukasyah bin Mihsan berdiri dan berkata, “Wahai Rasulullah, doakan aku agar termasuk dikalangan mereka!” Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam menjawab, “Kamu termasuk di antara mereka.” Kemudian ada lagi yang berdiri, Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda, “Kamu telah didahului oleh Ukasyah untuk memintanya.”
[Shahih Bukhari no. 5705 dan Muslim no. 218]
Dalam hadits lain Nabi shallallahu alaihi wa sallam bersabda,
“Jika engkau menghendaki aku akan berdoa kepada Allah untukmu, atau engkau bersabar dan bagimu surga.”
Kemudian wanita itu berkata, “Aku akan bersabar, tetapi mohon doakan kepada Allah agar auratku tidak tersingkap.”
[Shahih Bukhari no. 5652 dan Muslim no. 2576]
Kesimpulannya, bahwa memohon doa kepada Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam termasuk keistimewaannya, sementara kepada selain Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam maka janganlah meminta.
Benar, yaitu jika seseorang hendak meminta doa kepada orang lain untuk kemaslahatan sahabatnya, yakni ia menginginkan agar Allah membalas orang yang mendoakan sahabatnya dan semoga Allah mengabulkan doanya. Kerana jika seseorang mendoakan sahabatnya dari kejauhan, maka para malaikat berkata, “Amin, dan bagimu juga.” Maka setiap amal itu tergantung pada niatnya, ia tidaklah berdoa untuk kemaslahatan dirinya saja tetapi ia berdoa untuk untuk kemaslahatan diri dan saudaranya yang minta didoakan. Maka setiap amal itu tergantung dengan niatnya.
Jika kemaslahatan itu tertentu, maka hal ini termasuk ke dalam permasalahan yang tercela, sebagaimana pendapat Imam Syafi'i rahimahullah, kerana Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam membaiat para sahabatnya untuk tidak meminta sesuatu kepada orang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan