Ahad, 2 Jun 2019

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 54. Keutamaan Menangis Kerana Takut Kepada Allah ﷻ Dan Kerana Rindu Pada-Nya.

Allah ﷻ berfirman:
۞وَيَخِرُّونَ لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا۞
Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu. (QS. Al-Isrâ: 17: 109)

Allah ﷻ berfirman:
۞أَفَمِنْ هَٰذَا الْحَدِيثِ تَعْجَبُونَ۞وَتَضْحَكُونَ وَلَا تَبْكُونَ۞
Maka patutkah kamu berasa hairan terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini (sehingga kamu mengingkarinya)? Serta kamu rasa tertawa (mengejek-ejeknya) dan kamu tidak mahu menangis (menyesali kesalahan kamu serta takutkan balasan buruk yang akan menimpa kamu)?” 
(QS. An-Najm: 53: 59-60)

Hadits no. 445.
وَعَن أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « اِقْرَأْ عَلَيَّ الْقُرْآنَ » قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَقْرَأُ عَلَيْكَ، وَعَلَيْكَ أُنْزِلَ؟ قَالَ: « إِنِّي أُحِبُّ أَنْ أَسْمَعَهُ مِنْ غَيْرِي » فَقَرَأْتُ عَلَيْهِ سُورَةَ النِّسَاءِ، حَتَّى جِئْتُ إِلَى هَذِهِ الْآيَةِ: { فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِنْ كُلِّ أُمَّةٍ بِشَهِيدٍ وِجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَؤُلَآءِ شَهِيدًا } [ الآية : ٤١ ] قَالَ: « حَسْبُكَ الْآنَ » فَالْتَفَتَّ إِلَيْهِ، فَإِذَا عِيْنَاهُ تَذْرِفَانِ. مُتّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepadaku, “Bacalah Al-Quran untukku.

Aku menjawab, Wahai Rasulullah, bagaimana aku harus membaca buat engkau, padahal Al-Quran diturunkan kepadamu?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, Sesungguhnya aku ingin mendengar Al-Quran itu dibaca oleh orang lain.

Kemudian Aku membacakan untuk Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam  surah an-Nisa hingga sampai ayat, Dan bagaimanakah (keadaan orang kafir nanti), jika Kami mendatangkan seorang saksi (rasul) dari setiap umat dan Kami mendatangkan engkau (Muhammad) sebagai saksi atas mereka.” 
(QS. An-Nisa: 4: 41)

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukup sampai di situ!

Kemudian aku menoleh kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dan saat itu kedua matanya sedang berlinang air mata.

[Shahih Al-Bukhari no. 4582. Muslim no. 800]

Hadits no. 446.
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: خَطَبَ رَسُولُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خُطْبَةً مَا سَمِعْتُ مِثْلَهَا قَطُّ، فَقَالَ: « لَوْ تعْلمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلاً وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا » قَالَ: فَغَطَّى أَصْحَابُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُجُوهَهُمْ وَلَهُمْ خَنِينٌ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Anas radhiyallahu anhu dia berkata, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah berkhutbah suatu khutbah yang belum pernah aku mendengarnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Seandainya kamu semua mengetahui apa yang aku ketahui, niscaya kamu semua akan sedikit tertawa dan pasti akan banyak menangis.

Anas berkata, Mendengar yang demikian para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menutupi wajah mereka sambil menangis teresak-esak.

[Shahih Al-Bukhari no. 4621, 6486. dan Muslim no. 2359]

Hadits no. 447.
وَعَنْ أَبِي هُرَيَرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « لَا يَلِجُ النَّارَ رَجْلٌ بَكَى مِنْ خَشْيَةِ اللهِ حَتَّى يَعُودَ اللَّبَنُ فِي الضَّرْعِ وَلَا يَجْتَمِعُ غُبَارٌ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدُخَانُ جَهَنَّمَ » رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tidak akan masuk ke dalam neraka seseorang yang menangis kerana takut kepada Allah hingga susu kembali ke tempat asalnya. Dan tidak akan berkumpul menjadi debu di jalan Allah dengan asap api neraka.

[HR. At-Tirmidzi no  1633, dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahih At-Tirmidzi no. 1333]

Hadits no. 448.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلاَّ ظِلُّهُ: إِمَامٌ عَادِلٌ، وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ اللَّهِ عَزَّ وَجلَّ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مَعَلَّقٌ بِالْمَسَاجِدِ وَرَجُلاَنِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ، وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ، فَقَالَ: إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ، فَأَخْفَاهَا حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ » مُتَّفقٌ عَلَيْه.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Ada tujuh golongan orang yang mendapat naungan dari Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya yaitu, 1 pemimpin yang adil. 2 pemuda yang tumbuh dewasa dalam beribadah kepada Allah. 3 seseorang yang hatinya selalu berpaut dengan masjid. 4 dua orang sahabat saling berkasih sayang kerana Allâh keduanya berkumpul kerana-Nya dan berpisah karena-Nya. 5 seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan lagi cantik, lalu ia berkata, Sesungguhnya aku takut kepada Allah.” 6 seseorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi-sembunyi, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya. 7 dan seseorang yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian sehingga mengalirkan air matanya.

[Shahih Al-Bukhari no. 660, 1423, 6479, 6806. Muslim no. 1031]

Hadits no. 449.
وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ الشِّخِّيرِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَتَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُو يُصلِّي وَلِجَوْفِهِ أَزِيزٌ كَأَزِيزِ الْمِرْجَلِ مِنَ الْبُكَاءِ. حَدِيثٌ صَحِيحٌ رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِيُّ فِي الشَّمَائِلِ بإِسْنَادٍ صَحِيحٍ.
Daripada Abdullah bin Asy-Syikhkhir radhiyallahu anhu dia berkata, Aku mendatangi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika Rasulullah sedang shalat dan hidungnya itu terdengar suara seperti suara air sedang mendidih, kerana Rasulullah menangis.

[HR. Abu Dawud no. 904. At-Tirmidzi no. 323, dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahihu Abi Dawud no. 799]

Hadits no. 450.
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأْبِيِّ بْنِ كَعْبٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: « إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ أَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ: لَمْ يَكُنِ الَّذِينَ كَفَرُوا » قَالَ: وَسَمَّانِي؟ قَالَ: « نَعَمْ » فَبَكَى أُبَيٌّ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Anas radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Ubai bin Ka'ab, Sesungguh Allah Ta'ala memerintahkan aku untuk membacakan Al-Quran kepada kamu, Lam Yakunillazina Kafaru. Hingga akhir surah.

Ubai bertanya, Allah menyebut nama aku?

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, Ya. 

Maka Ubai pun menangis. 


[Shahih Al-Bukhari no. 3809, 4960, 4959 dan Muslim no. 799]

Dalam riwayat lain disebutkan, Maka mulailah Ubai menangis.

Hadits no. 451.
وَعَنْهُ قَالَ: قَالَ أَبُو بَكْرٍ لِعُمَرَ رَضِيَ الله عَنْهُمَا بَعْدَ وَفَاةِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: اِنْطَلِقْ بِنَا إِلَى أُمِّ أَيْمَنَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا نَزُورُهَا كَمَا كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا فَلَمَّا انْتَهَيَا إِلَيْهَا بَكَتْ فَقَالاَ لَهَا: مَا يُبْكِيكِ؟ أَمَا تَعْلَمِينَ أَنَّ مَا عِنْدَ اللهِ تَعَالَى خَيْرٌ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَتْ: إِنِّي لاَ أَبْكِي، أَنِّي لَا أَعْلَمُ أَنَّ مَا عِنْدَ الله خَيرٌ لِرَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَلَكِنِّي أَبْكِي أَنَّ الوَحْيَ قَدِ انْقَطَعَ مِنَ السَّمَاءِ فَهَيَّجَتْهُمَا عَلَى الْبُكَاءِ، فَجَعَلاَ يَبْكِيَانِ مَعَهَا. رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Anas radhiyallahu anhu dia berkata, “Tidak lama setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, Abu Bakar berkata kepada Umar, Mari kita berkunjung ke rumah Ummu Aiman sebagaimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sering menziarahinya.” Dan ketika kami telah sampai di tempatnya, Ummu Aiman pun menangis. Lalu mereka berdua berkata kepadanya, Kenapa engkau menangis, bukankah apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi Rasul-Nya?

Dia menjawab, Bukanlah aku menangis kerana aku tidak tahu bahawa apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik bagi Rasul-Nya, akan tetapi aku menangis kerana dengan wafatnya Rasulullah bererti wahyu dari langit telah terputus.

Ummu Aiman pun membuat mereka berdua bersedih dan akhirnya mereka berdua pun menangis bersama.

[Shahih Muslim no. 2454]

Hadits no. 452.
وَعَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّه عَنْهُمَا قَالَ: لَمَّا اشْتَدَّ بِرَسُولِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَجَمُهُ قِيلَ لَهُ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ: « مُرُوا أَبَا بَكْرٍ فَلْيُصَلِّ بِالنَّاسِ » فَقَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا: إِنَّ أَبَا بَكْرٍ رَجُلٌ رَقِيقٌ إِذَا قَرَأَ الْقُرْآنَ عَلَبَهُ الْبُكَاءُ » فَقَالَ: « مُرُوهُ فَلْيُصَلِّ ». وَفِي رِوَايَةٍ عَنْ عائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا، قَالَتْ: قُلَتُ: إِنَّ أَبا بَكْرٍ إِذَا قَامَ مَقَامَكَ لَمْ يُسْمِعِ النَّاسَ مِنَ الْبُكَاءِ. مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ.
Daripada Ibnu Umar radhiyallahu anhuma dia berkata, bahwa ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam sakit, ada seseorang yang bertanyakan mengenai imam shalat, kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, Suruhlah Abu Bakar untuk mengimami shalat!

Aisyah radhiyallahu anha berkata, “Sesungguhnya Abu Bakar itu orang yang amat lembut hatinya, apabila dia membaca Al-Quran dia tidak dapat menahan tangisannya. Namun Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Sesungguhnya dia (Abu Bakar) untuk menjadi imam. 

[Shahih Al-Bukhari no. 682, 3385. Muslim no. 418]

Dalam riwayat lain, bahwa Aisyah radhiyallahu anhu berkata, Sesungguhnya apabila Abu Bakar menggantikan tempatmu (menjadi imam), makmum tidak akan mendengar bacaan shalatnya kerana dia menangis. 

[Shahih Al-Bukhari no. 664, 678. Muslim no. 418]

Hadits no. 453.
وَعَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوفٍ أَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ رَضيَ اللَّهُ عَنْهُ أُتِيَ بِطَعَامٍ وَكَانَ صَائِمًا فَقَالَ: قُتِلَ مُصْعَبُ بنُ عُمَيرٍ رَضِيَ اللَّه عَنْهُ وَهُوَ خَيْرٌ مِنِّي، فَلَمْ يُوجَدْ لَهُ مَا يُكَفَّنُ فِيهِ إِلاَّ بُرْدَةٌ إِنْ غُطِّيَ بِهَا رَأْسُهُ بَدَتْ رِجْلاَهُ وَإِنْ غُطِّيَ بِهَا رِجْلاَهُ بَدَا رَأْسُهُ، ثُمَّ بُسِطَ لَنَا مِنَ الدُّنْيَا مَا بُسِطَ أَوْ قَالَ: أُعْطِينَا مِنَ الدُّنْيَا مَا أُعْطِينَا قَدْ خَشِينَا أَنْ تَكُونَ حَسَنَاتُنَا عُجِّلَتْ لَنَا. ثُمَّ جَعَلَ يَبْكِي حَتَّى تَرَكَ الطَّعَامَ. رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Ibrahim bin Abdurrahman bin Auf, dia berkata, “Suatu ketika dihidangkan makanan kepada Abdurrahman bin Auf radhiyallahu anhu, tetapi waktu itu dia sedang berpuasa, dan dia berkata, Mush'ab bin Umair radhiyallahu anhu adalah orang yang lebih baik daripada aku. Ketika dia terbunuh dalam peperangan tidak ada kain yang dapat mengkafaninya kecuali selembar burdah. Apabila kepalanya ditutup, maka terbukalah kakinya. Kemudian kami telah diberi kekayaan dunia yang banyak. Atau ia berkata, Kami telah diberi kekayaan dunia yang sebanyak-banyaknya. Kami bimbang, jika kebaikan kami dibalas dengan kekayaan ini. Kemudian dia terus menangis sehingga meninggalkan makanan itu.

[Shahih Al-Bukhari no. 1275]

Hadits no. 454.
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ صُدَيِّ بْنِ عَجْلاَنَ الْبَاهِلِيِّ رَضيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « لَيْسَ شَيْءٌ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى مِنْ قَطْرَتَيْنِ وَأَثَرَيْنِ: قَطْرَةُ دُمُوعٍ مِنْ خَشْيَةِ اللَّهِ وَقَطْرَةُ دَمٍ تُهْرَاقُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ تَعَالَى، وَأَمَا الْأَثَرَانِ فَأَثَرٌ فِي سَبِيلِ اللهِ تَعَالَى وَأَثَرٌ فِي فَرِيضَةٍ مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ تَعَالَى » رَوٕاهُ التِّرْمِذِيُّ وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Daripada Abu Umamah Shudaiy bin 'Ajlan Al-Bahili radhiyallahu anhu, daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Tidak ada sesuatu pun yang lebih dicintai Allah Ta'ala daripada dua titis dan dua bekas, iaitu titisan air mata kerana takut kepada Allah Ta'ala dan titisan darah yang menitis sewaktu berjuang di jalan Allah Ta'ala. Adapun dua bekas adalah bekas luka sewaktu berjuang di jalan Allah Ta'ala dan bekas daripada menjalankan salah satu kewajiban-kewajiban Allah Ta'ala 

[HR. Tirmidzi no. 1669, dinilai Hassan oleh Syaikh Al-Albani dalam Shahih At-Tirmidzi no. 1363]

Hadits no. 455.
حَدِيثُ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ: وَعَظَنَا رَسُولُ اللَّه صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وذَرَفْتْ مِنْهَا الْعُيُونُ » . وَقَدْ سَبَقَ فِي بَابِ النَّهْيِ عَنِ الْبِدِعِ.
Daripada Al-‘Irbadh bin Sariyah radhiyallahu anhu katanya, “Kami semua diberi nasihat oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yaitu suatu nasihat yang semua hati dapat menjadi takut kerananya dan matapun dapat menitiskan airmata.” Hadits ini telah lalu dalam bab: Melarang kebid’ahan-kebid’ahan -lihat Hadis no.157.

[HR. Abu Dawud no. 4607. At-Tirmidzi no2676, dinilai Shahih Syaikh Al-Albani dalam Al-Misykah no. 165]





Sabtu, 1 Jun 2019

Biografi Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin rahimahullah.

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin lahir di kota 'Unaizah, salah satu kota Al-Qashim, Pada 27 Ramadhan 1347 Hijriah. Beliau lahir dan dibesarkan dalam lingkungan keluarga yang terkenal agamis dan istiqamah. Beliau menikah dengan satu orang istri dan dikaruniai delapan orang anak; lima laki-laki dan tiga perempuan.

MASA BELIAU MENCARI ILMU.

Dalam mencari ilmu, Syaikh Utsaimin mengikuti jejak dan teori salafus shalih. Beliau memulainya dengan menghafal Al-Qur'an, saat beliau masih kecil. Beliau membacanya di hadapan kakek dari jalur ibunya, Asy-Syaikh Abdurrahman bin Sulaiman Alu Damigh. Kemudian beliau berguru kepada Syaikh Al-'Allaamah Al-Mufassir Abdurrahman bin Nashir As-Sa'di yang tercatat sebagai guru pertama beliau. Kepada Syaikh Abdurrahman, beliau belajar ilmu tauhid, tafsir, hadits dan fikih. Beliau menimba ilmu dari Syaikh Abdurrahman selama kurang lebih sebelas tahun, dan beliau termasuk salah seorang muridnya yang paling menonjol.

Di saat beliau mengenyam pendidikan formal di Riyadh, beliau sempat mendalami Shahih Al-Bukhari, beberapa risalah Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, dan sebagian kitab-kitab fikih kepada Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullah. 

Sejak meninggalnya Syaikh Abdurrahman As-Sa'di, Syaikh Ibnu Utsaimin menjadi Imam Masjid Jami' di Unaizah, mengajar di Perpustakaan Nasional Unaizah, di samping mengajar di Ma'had al-ilmi. Setelah itu, beliau aktif mengajar di fakultas syari'ah dan ushuluddin.

Universitas Muhammad bin Su'ud Al-Islamiyyah cabang Al-Qashim. Selain mengajar, beliau juga aktif sebagai anggota Haiatub Kibari Al-Ulama Kerajaan Saudi Arabia sampai beliau wafat.

GURU-GURUNYA.

Di antara guru-guru Syaikh Al-Utsaimin adalah, Muhammad Al-Amin bin Al-Mukhtar Al-Jakni Asy-Syinqithi, Syaikh Ali bin Muhammad Ash-Shalihi, dan Syaikh Muhammad bin Abdul Aziz Al Muthawwi'.

MURID-MURIDNYA.

Syaikh Utsaimin begitu perhatian kepada murid-muridnya. Murid-muridnya berdatangan dari berbagai penjuru dunia, karena mereka percaya terhadap keilmuan, kepandaiannya dalam mengajar, serta kasih sayangnya kepada murid-muridnya, seolah-olah mereka seperti anak-anak beliau sendiri.

Sebagai salah satu bentuk perhatiannya, beliau membangun asrama untuk mereka, yang meliputi tempat tinggal, perpustakaan yang dilengkapi dengan kitab-kitab dan manuskrip (perpustakaan nasional). Beliau memantau hasil belajar mereka; bahkan, kadang-kadang beliau menanda tangani laporan bulanan menggantikan posisi wali murid. Beliau banyak memberikan nasihat kepada muridnya untuk senantiasa menaati pemerintah selama untuk ketaatan kepada Allah, juga mencintai dan mendoakan kebaikan untuknya. Beliau menegakkan syari'at Allah, menggalakkan syiar-syiar Islam, serta beramar makhruf nahi mungkar.

BUDI PEKERTINYA.

Beliau adalah contoh hidup seorang alim yang ahli ibadah dan meneladani akhlak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang merupakan penerjemahan dari Al-Qur'an. Beliau dikenal sebagai ulama yang mempunyai akhlak mulia, pemaaf, bijaksana, berjiwa tenang dan tenteram.

Kemana pun beliau pergi, beliau selalu dikerumuni oleh orang banyak, dan sering diletihkan oleh banyaknya pertanyaan dan aneka ragam permintaan. Beliau mendengarkan dengan baik kepada setiap orang yang berbicara kepada beliau, sehingga setiap orang mengira bahwa beliau mempunyai perhatian khusus kepada dirinya. Beliau selalu memerangi dan melatih dirinya agar bisa menahan amarah dalam menghadapi khalayak dengan mencontoh suriteladan seluruh umat manusia, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.

CORAK KEILMUANNYA.

Syaikh Utsaimin selalu mengacu dan mengikuti dalil. Hal ini dapat terlihat dengan jelas dalam bukunya, Syarh Al-Mumti' 'ala Zadi Al-Mustaqni," meskipun tarjih-tarjih beliau banyak yang selaras dengan pendapat Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya. Tapi, terkadang juga berbeda pendapat dengan mereka berdua, sesuai dengan tuntutan dalil. Ungkapan beliau yang cukup berharga dan patut diperhatikan adalah, Carilah dalil sebelum kamu meyakini sesuatu; jangan pernah meyakini sesuatu sebelum mengetahui dalilnya, kerana kamu akan tersesat.”

TEORINYA DALAM MENGAJAR.

Syaikh Utsaimin sangat fokus dalam menghafal matan-matan, oleh karenanya beliau mengintruksikan murid-muridnya untuk menghafal dan mengulangnya dalam setiap pelajaran. Beliau mencurahkan segenap kemampuannya untuk mensyarah dan mentahqiq berbagai permasalahan, dan menjelaskan pendapat ulama yang rajih, dengan mengenyampingkan kepentingan pribadi. Di sela-sela itu, beliau menyediakan waktu khusus untuk mendengarkan murid-muridnya, barangkali ada penambahan materi, koreksi atau sanggahan. Dalam memberikan penjelasan, beliau cederung mengunakan sistem dialog dan memancing murid-muridnya dengan sejumlah pertanyaan. Beliau menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut, setelah berdiskusi dengan mereka dan mendengarkan pendapat mereka

MENERIMA PENGHARGAAN DARI RAJA FAISHAL.

Panitia Penghargaan International dari Al-Malik Faishal memutuskan untuk memberikan penghargaan kepada yang terhormat Syaikh Muhammad bin Shalih bin Utsaimin pada tahun 1414 Hijriah, atas dedikasi dan sumbangannya ikut memikirkan permasalahan-permasalahan (hukum-hukum). Islam dan kaum muslimin.

SAKIT DAN WAFATNYA.

Syaikh Utsaimin terserang penyakit kanker kolon. Atas permintaan pihak kerajaan Saudi, beliau dibawa check up ke Amerika Serikat dengan pesawat khusus. Kemudian beliau memutuskan untuk kembali ke Saudi Arabia, dan di rawat di rumah sakit Al-Malik Faishal. Beliau meninggalkan rumah sakit pada tanggal 9 Ramadhan menuju Masjidil Haram Mekkah untuk menyampaikan pelajaran rutinnya melalui pengeras suara. Beliau duduk di ruangan khusus di dalam Masjidil Haram, di samping pintu Al-Umrah. Dari ruangan itu, beliau bisa menjawab setiap pertanyaan dari audiens, hanya saja beliau tidak bisa menerima tamu yang hendak berkunjung kepada beliau. Beberapa waktu Kemudian, beliau dibawa ke rumah sakit kembali kali ini, beliau masuk ke ruang ICU. Kondisinya sempat membaik, tapi setelah itu memburuk kembali, hingga ajal menjemputnya.

Beliau menghembuskan nafas terakhir kalinya pada waktu Maghrib, Rabu 15 Syawal 1421 Hijriah, di rumah sakit Al-Malik Faishal At-Takhassuhi Jeddah. Beliau kembali kepada Allah, setelah menjalani kehidupannya dengan penuh makna selama 74 tahun 18 hari.

Jumaat, 31 Mei 2019

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 53. Menghimpunkan Perasaan Takut Dan Pengharapan.

Ketahuilah bahawa yang menjadi pilihan bagi seorang hamba pada waktu sihat ialah takut dan berharap, dan hendaklah rasa takut dan pengharapannya seimbang. Sedangkan dalam keadaan sakit seorang hamba hanya mengkhususkan pengharapan. Kaedah syarak daripada Al-Quran dan Sunnah dan yang lainnya menunjukkan hal tersebut.

Allah ﷻ berfirman:
قَالَ اللهُ تَعَالَى: ۞فَلَا يَأْمَنُ مَكْرَ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْخَاسِرُونَ۞
“Kerana sebenarnya tidak ada yang merasa selamat dari rancangan buruk (balasan azab) yang diatur oleh Allah itu melainkan orang-orang rugi. 
(QS. Al-A’râf: 7: 99)

Allah ﷻ berfirman:
۞إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ۞
Sesungguhnya tidak putus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir.(QS. Yusuf: 12: 87)

Allah ﷻ berfirman:
۞يَوْمَ تَبْيَضُّ وُجُوهٌ وَتَسْوَدُّ وُجُوهٌ۞
“(ingatlah akan) hari (kiamat yang padanya) ada muka (orang-orang) menjadi putih berseri, dan ada muka (orang-orang) menjadi hitam legam.
(QS. Âli-Imrân: 3: 106)

Allah ﷻ berfirman:
۞إِنَّ رَبَّكَ لَسَرِيعُ الْعِقَابِ وَإِنَّهُ لَغَفُورٌ رَحِيمٌ۞
Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (QS. Al-A’râf: 7: 167)

Allah ﷻ berfirman:
۞إِنَّ الْأَبْرَارَ لَفِي نَعِيمٍ۞وَإِنَّ الْفُجَّارَ لَفِي جَحِيمٍ۞
Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam surga yang penuh kenikmatan, dan sesungguhnya orang-orang yang durhaka benar-benar berada dalam neraka yang menjulang-julang.” (QS. Al-Infitar: 82: 13-14)

Allah ﷻ berfirman:
۞فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ۞فَهُوَ فِي عِيشَةٍ رَاضِيَةٍ۞وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ۞فَأُمُّهُ هَاوِيَةٌ۞
“Maka adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, maka dia berada dalam kehidupan yang senang-lenang. Sebaiknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, maka tempat kembalinya ialah neraka Hawiyah.” (QS. Al-Qari’ah: 101: 6-9)

Ayat-ayat yang mempunyai makna yang sama dengan ini ada banyak. Rasa takut dan harapan bercampur dalam dua ayat yang bersamaan atau beberapa ayat atau dalam satu ayat.

Hadits no. 442.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « لَوْ يَعْلَمُ الْمُؤْمِنُ مَا عِنْدَ اللهِ مِنَ الْعُقُـوبَةِ مَا طَمِعَ بِجَنَّتِهِ أَحَدٌ، وَلَوْ يَعْلَمُ الْكَافِرُ مَا عِنَدَ اللهِ مِنَ الرَّحْمَةِ، مَا قَنَطَ مِنْ جنَّتِهِ أَحَدٌ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Seandainya orang Mukmin mengetahui seksaan Allah, niscaya tidak ada seorang Mukmin pun yang menginginkan surga-Nya. Dan seandainya orang kafir mengetahui rahmat Allah, nescaya tidak ada seorang kafir pun yang berputus asa untuk mengharapkan surga-Nya.

[Shahih Muslim no. 2755]

Hadits no. 443.
وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ، رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: « إذَا وُضِعَتِ الْجَنَازَةُ وَاحْتمَلَهَا النَّاسُ أَوِ الرِّجَالُ عَلَى أَعْنَاقِهمْ، فَإِنْ كَانَتْ صَالِحَةً قَالَتْ: قَدِّمُونِي قَدِّمُونِي، وَإنْ كَانَتْ غَيْرَ صَالِحَةٍ، قَالَتْ: يَا وَيْلَهَا، أَيْنَ تَذْهَبُونَ بَهَا؟ يَسْمَعُ صَوْتَهَا كُلُّ شَيْءٍ إلاَّ الْاَّنْسَانُ، وَلَوْ سَمِعَهُ لَصَعِقَ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Abu Sa'id Al-Khudri radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Apabila jenazah diletakkan lalu dibawa oleh orang-orang yang memikulnya di atas bahu mereka, jika jenazah itu soleh, niscaya dia berkata, “Cepatlah, cepat hantarkan aku.” Namun, apabila jenazah tidak soleh maka dia berkata, ”Aduh celaka, akan dibawa ke mana aku ini?” Semua makhluk mendengar suara jenazah itu kecuali manusia, seandainya manusia itu mendengarnya pasti pengsan.”

[Shahih Al-Bukhari no. 1314. An-Nasa'i dalam Al-Kubra no. 2036. Ahmad dalam Al-Musnad no 3/41. Ibnu Hibban no. 3038, 3039]

Hadits no. 444.
وَعَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ، رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « اَلْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ » رَوَاهُ الْبُخَارِيُّ.
Daripada Ibnu Mas'ud radhiyallahu anhu dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

Surga itu amat dekat kepada salah seorang di antara kamu semua melebihi dekatnya tali sandalnya. Dan demikian pula dengan neraka.

[Shahih Al-Bukhari no. 6488]

Isnin, 27 Mei 2019

Syarah Riyadhus Shalihin (Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin) Bab 52. Keutamaan Mengharap Karunia Allah Ta'ala.

Allah ﷻ berfirman:
۞فَوِّضُ أَمْرِىٓ إِلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصيرٌ بِٱلْعِبَادِ۞فَوَقاهُ اللهُ سَيِّئَاتِ مَا مَكَروا۞
Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sungguh Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. Maka Allah memeliharanya dari kejahatan tipu daya mereka.” (QS. Al-Mu'min: 40: 44-45)

Hadits no. 439.
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهِ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: « قَالَ اللهُ عَزَّ وَجَلَّ: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ حَيْثُ يَذْ كُرُنِي، وَاللَّهِ للهُ أَفْرَحُ بِتَوْبةِ عَبْدِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ يَجِدُ ضَالَّتَهُ بِالْفَلاَةِ، وَمَنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا، تَقرَّبْتُ إِلَيْهُ ذِرَاعًا، وَمَنْ تَقَرّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا، تَقَرَّبْتُ إلَيْهِ بَاعًا، وَإِذَا أَقْبَلَ إِلَيَّ يَمْشِي، أَقْبَلْتُ إلَيْهِ أُهَرْوِلُ » مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ، وَهَذَا لَفْظُ إِحْدَى رِوَايَاتِ مُسْلِمٍ.
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu anhu dia berkata, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

Allah Ta'ala berfirman, Aku menurut sangkaan hamba-Ku dan Aku senantiasa bersamanya selama dia mengingat-Ku. Demi Allah, Allah lebih senang dengan menerima taubat hamba-Nya melebihi senangnya seseorang di antara kalian yang menemukan kembali binatang ternakannya yang telah hilang di tengah padang pasir. Barangsiapa yang mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku mendekat kepadanya sehasta dan barangsiapa yang mendekat kepadan-Ku dalam sehasta, maka Aku mendekat kepadanya sedepa, dan apabila ia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari.” Ini disebutkan dalam salah satu riwayat Imam Muslim.

[Shahih Al-Bukhari no. 7405. Muslim no. 2675]

Hadits no. 440.
وَعَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا، أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَبْلَ مَوْتِهِ بَثَلاَثَةِ أَيَّامٍ يَقُولُ: « لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلاَّ وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ » رَوَاهُ مُسْلِمٌ.

Daripada Jabir bin Abdullah radhiyallahu anhu, dia berkata, Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda tiga hari sebelum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam wafat, “Janganlah seseorang dari engkau semua itu meninggal dunia, melainkan ia harus memperbaguskan sangkaannya -berbaik sangka- kepada Allah Azza wajalla.”

[Shahih Muslim no. 2877]

Hadits no. 441.
وَعَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: « قَالَ اللهُ تَعَالَى: يَا ابْنَ آدَمَ إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَا كَانَ مِنْكَ وَلَا أُبَالِي يَابْنَ آدَمَ، لَوْ بَلغَتْ ذُنُوبُكَ عَنَانَ السَّمَاءِ، ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ، يَابْنَ آدَم، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ الْاَْرْضِ خَطَايَا، ثُمَّ لَقِيْتَنِي لَا تُشْرِكُ بِي شَيْئًا، لَأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً » رَوَاهُ التِّرْمِذِيُّ . وَقَالَ: حَدِيثٌ حَسَنٌ.
Daripada Anas radhiyallahu anhu dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

Allah Ta'ala berfirman, Wahai anak Adam, selama kamu berdoa dan berharap kepada-Ku, pasti Aku mengampunkan dosa yang telah kamu lakukan, dan Aku tidak peduli berapa pun banyaknya. Wahai anak Adam, seandainya dosa-dosamu bagaikan awan di langit, kemudian kamu memohon keampunan kepada-Ku, pasti Aku mengampunimu. Wahai anak Adam, sesungguhnya seandainya kamu datang kepada-Ku dengan membawa dosa seisi bumi, kemudian kamu mengharap kepada-Ku dalam keadaan tidak menyekutukan Aku, maka Aku akan mengampuni dosa yang seisi bumi banyaknya itu.

[HR. At-Tirmidzi no. 3540 dinilai Shahih oleh Syaikh Al-Albani dalam Sahihul Jami no. 4338 dan As-Sahihah no. 12.]

Penjelasan.

Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan bab, “Keutamaan mengharap karunia Allah Ta'ala.” Setelah menyebutkan dalil-dalil yang menerangkan betapa luasnya rahmat Allah Ta'ala, penulis menyebutkan keutamaannya. Hendaknya setiap orang begitu berkeinginan dan berharap terhadap rahmat-Nya yang luas ini.

Kemudian menyebutkan ucapan seorang hamba mukmin yang shalih, yang pernah hidup pada masa Firaun dengan menyembunyikan keimanannya. Ia selalu menasihati kaumnya dengan menjelaskan bukti-bukti tentang kesesatan mereka yang nyata dan kebenaran Nabi Musa ‘alaihis salam, pada akhirnya ia berkata kepada mereka, seperti disebutkan dalam firman Allah Ta'ala.

“Maka kelak kamu akan ingat kepada apa yang kukatakan kepadamu. Dan aku menyerahkan urusanku kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya. (QS. Al-Mu'min: 40: 44-45)

“Dan Aku menyerahkan urusanku kepada Allah.Yaitu aku memasrahkannya kepada Allah, tidak bersandar kepada yang selain-Nya dan tidak pula aku berharap kecuali kepada-Nya. “Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.” Allah Ta'ala berfirman, “Maka Allah Ta'ala memeliharanya dari kejahatan tipu daya.Yaitu dari tipuan buruk mereka terhadapnya. “Dari Firaun beserta kaumnya dikepung oleh adzab yang amat buruk.” 

Selanjutnya, Imam An-Nawawi rahimahullah menyebutkan hadits dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu, bahwasannya Allah Ta'ala berfirman dalam hadits Qudsi, “Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku senantiasa bersamanya selama ia mengingat-Ku.” Yaitu bahwa Allah selalu bersama dengan prasangka hamba tentang-Nya, jika ia berprasangka baik maka akan baik dan jika prasangkanya selain itu maka akan seperti itu. Tetapi kapan seorang hamba harus berbaik sangka kepada Allah Ta'ala.

Ia dikatakan berbalik sangka kepada Allah jika ia menunaikan konsekuensi karunia dan rahmat Allah. Setelah ia beramal shalih dan ia berbaik sangka kepada Allah maka sangkaannya akan diterima. Adapun mengklaim berbaik sangka kepada Allah tanpa usaha hanyalah angan-angan kepada Allah semata. Barangsiapa yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan karunia di sisi Allah maka orang itu lemah.

Berbaik sangka kepada Allah itu harus diiringi dengan amalan yang benar. Misalnya kita berbaik sangka kepada bahwa Allah akan menerima amalan yang telah kita lakukan seperti puasa, sedekah, atau mengamalkan amal shalih lainnya. Adapun berbaik sangka kepada Allah dengan tetap melakukan perbuatan maksiat adalah jalannya orang-orang yang lemah yang tidak memiliki bekal untuk perjalanannya.

Setelah itu, Imam An-Nawawi menyebutkan hadits yang menerangkan bahwa Allah memuliakan hamba-Nya. Jika seorang hamba mendekat kepada Allah satu jengkal maka Allah akan mendekat kepadanya satu hasta, dan jika mendekat satu hasta maka Allah akan mendekat kepadanya satu depa, dan jika hamba mendatangi-Nya dengan berjalan maka Allah mendatanginya dengan berlari. Maka Allah Ta'ala itu lebih memuliakan hamba-Nya dan mengabulkan permohonan hamba.

Hadits-hadits ini dan yang semisal dengannya adalah keyakinan Ah-lussunah wal Jamaah yaitu memahami teks ini dari sisi makna hakikatnya bagi Allah Ta'ala. Kita tidak mengetahui bagaimana sifat lari Allah dan bagaimana cara mendekat-Nya. Hal ini semua kita serahkan kepada Allah. Kita tidak berhak untuk berbicara sedikit pun mengenainya. Kita menyakini maknaya sesuai makna (bahasa Arab) dan caranya kita serahkan kepada Allah Ta'ala.

Setelah itu, Iman An-Nawawi rahimahullah menyebutkan hadits-hadits yang semuanya menunjukkan bahwa setiap orang harus berbaik sangka kepada Allah Ta'ala dengan disertai amal yang harus dilakukan. Semoga kita, kaum muslimin mendapatkan taufik dan kebaikan di dunia dan akhirat.

Syarah Riyadhus Shalihin Bab 78. Perintah Bagi Para Penguasa Untuk Bersikap Lembut Dan Kasih Sayang Terhadap Rakyat Serta Larangan Menipu Rakyat Atau Berlaku Keras Terhadap Mereka Juga Mengabaikan Keperluan mereka.

  Allah ﷻ berfirman : ۞وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ۞ “Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang beriman...